awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki disyaki bunuh ibu kandung

Bernama
Bernama
15/06/2024
15:48 MYT
Polis tahan lelaki disyaki bunuh ibu kandung
Razlam berkata suspek dikatakan menghubungi abangnya pada kira-kira 5 petang dan memaklumkan bahawa dia telah menikam ibu mereka yang berusia 67 tahun dengan gunting. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri dalam insiden di sebuah pangsapuri di Relau di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata suspek, yang berusia 40 tahun dan dipercayai mempunyai masalah mental, ditahan di pangsapuri terbabit selepas polis menerima maklumat berhubung insiden itu daripada abangnya.
Beliau berkata suspek dikatakan menghubungi abangnya pada kira-kira 5 petang dan memaklumkan bahawa dia telah menikam ibu mereka yang berusia 67 tahun dengan gunting.
"Berdasarkan siasatan awal, sebelum kejadian dua anak mangsa telah menghubungi ibu mereka namun panggilan tersebut tidak dijawab... bagaimanapun, mereka dikejutkan dengan panggilan suspek yang memaklumkan telah menikam ibu mereka menggunakan gunting dan wanita itu sudah meninggal dunia," katanya.
Razlam berkata siasatan juga mendapati mangsa hanya datang ke rumah peninggalan suaminya itu tiga hari seminggu iaitu pada Jumaat, Sabtu serta Ahad dan pada hari lain dia tinggal bersama anak sulung di Batu Maung.
Beliau berkata suspek juga mengugut untuk membunuh semua ahli keluarganya sebelum ini dan pernah menerima rawatan psikiatri tahun lepas.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#ibu kandung
#masalah mental
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan