awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki disyaki hina institusi raja

Bernama
Bernama
12/04/2023
13:10 MYT
Polis tahan lelaki disyaki hina institusi raja
Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menghina institusi diraja di laman sosial Facebook. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menghina institusi diraja di laman sosial Facebook.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata suspek berusia 42 tahun itu yang merupakan pemilik akaun Facebook bernama 'Raja Hairun', ditahan di Temerloh, Pahang, hari ini.
"Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat di lokap berpusat Kuala Lumpur, esok.
"Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu Noorsiah menasihatkan masyarakat agar sentiasa menghormati institusi beraja yang telah dijamin oleh Perlembagaan, demi kestabilan negara, bangsa dan agama.
"Mana-mana individu atau pihak yang didapati dengan sengaja mengeluarkan sebarang kenyataan menghina dan memperlekeh institusi beraja akan diambil tindakan tegas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hina institusi raja
#polis tahan lelaki
#laman sosial Facebook
#Raja Hairun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan