awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki Myanmar disyaki bunuh rakan sebilik

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
31/07/2025
04:05 MYT
Polis tahan lelaki Myanmar disyaki bunuh rakan sebilik
Suspek (dua, kiri) dibawa untuk tahanan reman di Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini. - Foto Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar yang disyaki membunuh rakan serumahnya dalam kejadian di tapak projek pembinaan Fasa E, Bandar Utama, di sini, 20 Julai lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 59 tahun itu diberkas dalam serbuan di sebuah rumah kongsi di Simpang Ampat, Pulau Pinang, pada 30 Julai.
“Semasa serbuan dijalankan, suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan. Polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenama Infinix berwarna keemasan yang dipercayai milik suspek.
“Suspek melarikan diri selepas kejadian dan bersembunyi di Simpang Ampat. Kita turut menahan rakan suspek kerana bersubahat melindungi orang yang dikehendaki,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini, hari ini.
Menurut Hanyan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang pengawal keselamatan pada jam 11.40 malam, memaklumkan mengenai penemuan mayat lelaki warga asing di lokasi kejadian.
Siasatan awal mendapati, mangsa berusia lingkungan 30-an, bekerja sebagai buruh binaan di tapak projek berkenaan dan mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan leher.
“Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah akibat tikaman di dada dan perut. Mangsa dan suspek merupakan rakan sebilik,” katanya.
Tambahnya, siasatan mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek ketika berada dalam keadaan mabuk.
Susulan kejadian, polis melancarkan Ops Kejam di sekitar daerah Kuala Muda dan kawasan berhampiran bagi mengesan suspek yang melarikan diri selepas kejadian.
“Suspek kini direman selama enam hari bermula hari ini (31 Julai) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Topic Berkaitan
#Hanyan Ramlan
#warga asing
#bunuh rakan sebilik
#lelaki Myanmar ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan