awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki, rampas 65 kotak mercun

Bernama
Bernama
07/02/2021
04:15 MYT
Polis tahan lelaki, rampas 65 kotak mercun
Lelaki bersama mercun yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri untuk siasatan lanjut. --fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU:Polis menahan seorang lelaki dan merampas 65 kotak mercun pelbagai jenis di sebuah premis pengedar minyak pelincir di Taman Perindustrian Empayar, Gelang Patah, di sini, petang semalam.
Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am, Simpang Renggam Supt Dimin Awang berkata lelaki berumur 28 tahun itu merupakan pekerja di premis tersebut, ditahan anggota pasukannya pada kira-kira 6.45 petang.
"Kesemua mercun terbabit dianggar bernilai lebih RM56,000," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dimin berkata lelaki bersama mercun berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).
Beliau sehubungan itu, turut menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#siasatan
#mercun
#pengedar minyak
#minyak pelincir
#Taman Perindustrian Empayar
#Gelang Patah
#Pasukan Gerakan Am
#PGA Simpang Renggam
#Dimin Awang
#ipd iskandar puteri
#barangan kontraban
#rampas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan