awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki sakit mental mengamuk guna pisau pemotong daging di Paloh

Bernama
Bernama
11/02/2023
15:28 MYT
Polis tahan lelaki sakit mental mengamuk guna pisau pemotong daging di Paloh
Polis menahan seorang lelaki dipercayai pesakit mental yang dipercayai mengamuk menggunakan sebilah pisau pemotong daging, semalam. - Gambar hiasan
KLUANG: Polis menahan seorang lelaki dipercayai pesakit mental yang dipercayai mengamuk menggunakan sebilah pisau pemotong daging di Paloh dekat sini tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata dalam insiden pada 1.40 tengah hari itu, suspek berusia 40-an tersebut berjaya ditenteramkan oleh orang awam dan polis kira-kira 10 minit kemudian.
"Polis menerima aduan awam yang melihat seorang lelaki mengamuk dengan menggunakan sebilah pisau pemotong daging. Lelaki itu kemudian berjaya ditenteramkan.
"Siasatan mendapati lelaki berkenaan adalah pemegang kad pesakit mental dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata lelaki itu kemudian dirujuk ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom untuk tindakan lanjut.
Sebelum ini, tular sekeping gambar memaparkan dua lelaki berpakaian seragam dipercayai polis memujuk seorang lelaki yang memegang pisau pemotong daging dipercayai sedang mengamuk di Paloh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki sakit mental
#mengamuk guna pisau
#Polis Daerah Kluang
#Paloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan