awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lima warga asing terlibat aktiviti pelacuran di Klang

Bernama
Bernama
08/06/2021
11:00 MYT
Polis tahan lima warga asing terlibat aktiviti pelacuran di Klang
Aktiviti pelacuran itu disyaki telah beroperasi lebih dua bulan yang lepas dengan menyasarkan pelanggan yang terdiri daripada warga asing di kawasan sekitar. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Lima warga asing termasuk dua lelaki ditahan dalam dua serbuan di sekitar Klang dalam tempoh kira-kira dua minggu, dipercayai terbabit dalam kegiatan persundalan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata dalam serbuan pertama pada 21 Mei lepas, pihaknya menahan seorang wanita dan dua lelaki warga Bangladesh berusia dalam lingkungan 30-an dalam serbuan ke atas sebuah premis di Batu 5, Jalan Meru.
"Aktiviti pelacuran ini disyaki telah beroperasi lebih kurang dua ke tiga bulan yang lepas dengan menyasarkan pelanggan yang terdiri daripada warga asing di kawasan sekitar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Nurulhuda berkata dalam serbuan kedua pula yang dilakukan ke atas sebuah rumah kedai di Jalan Pekan Baru pada 5 Jun lepas, pihaknya menahan dua wanita Vietnam berusia 19 dan 20 tahun yang dipercayai menggunakan aplikasi WeChat untuk menjalankan aktiviti pelacuran.
"Mereka dipercayai menjalankan kegiatan tidak bermoral itu sekitar dua hingga tiga bulan lepas," katanya, menambah kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit serta Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelacuran
#persundalan
#pelacur di Klang
#Ketua Polis Daerah Klang Utara
#warga asing
#Bangladesh
#Vietnam
#Klang
#Akta Imigresen
#Nurulhuda Mohd Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan