awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas

Bernama
Bernama
03/02/2025
11:30 MYT
Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas
Pasangan kekasih berusia 20-an itu ditahan di sebuah rumah di Paya Terubong, kira-kira pukul 6.30 pagi hari ini. - Gambar hiasan
BUTTERWORTH: Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Orkid di sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata pasangan kekasih berusia 20-an itu ditahan di sebuah rumah di Paya Terubong dekat sini, kira-kira pukul 6.30 pagi hari ini, hasil risikan dan intipan pihak polis.
"Lelaki yang ditahan itu merupakan anak kepada wanita warga emas berusia 60-an yang ditemukan maut dalam kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui motif sebenar insiden berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurut beliau, kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 9 Feb bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat wanita itu ditemukan selepas jiran-jiran terhidu bau busuk dari rumah mangsa. Pemeriksaan pihak berkuasa seterusnya menemukan mayat mangsa, yang kemudiannya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#pasangan kekasih
#warga emas
#Butterworth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan