awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan pemandu Myvi lawan arus di lebuh raya

Bernama
Bernama
19/10/2022
15:41 MYT
Polis tahan pemandu Myvi lawan arus di lebuh raya
Tangkap layar video tular sebuah Myvi melawan arus di Kilometer 31.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala Kulai. - Foto Sinar Harian
KULAI: Seorang wanita tempatan yang dipercayai memandu secara melawan arus di Kilometer (KM) 31.2, Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke daerah ini semalam, ditahan di sebuah pangsapuri sekitar Kangkar Pulai, Johor Bahru petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata wanita berusia 35 tahun itu yang ditahan pada 1 tengah hari tadi kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai untuk tindakan selanjutnya.
"Turut dirampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih untuk siasatan lanjut," kata beliau dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.
Semalam, polis mengesan video berdurasi 11 saat yang tular memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi Putih dipandu melawan arus dengan memasang lampu kecemasan di lokasi berkenaan, menerusi laman Facebook kira-kira 9.55 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Myvi lawan arus
#pandu lawan arus di lebuh raya
#Polis Daerah Kulai
#Kangkar Pulai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan