awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan penonton F1 pakai seluar dalam Jalur Gemilang

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
03/10/2016
05:14 MYT
Polis tahan penonton F1 pakai seluar dalam Jalur Gemilang
Polis berjaya menahan sekumpulan warga asing yang dipercayai menghina Jalur Gemilang dengan memakai seluar dalam berasaskan bendera Malaysia di Grand Prix Formula One Petronas pada Ahad. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan sekumpulan warga asing yang dipercayai menghina Jalur Gemilang dengan memakai seluar dalam berasaskan bendera Malaysia di Grand Prix Formula One Petronas, Sepang pada Ahad.
Menurut laporan portal The Star, perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali.
Kesemua warga asing itu ditahan di bawah kesalahan perbuatan tidak senonoh di tempat awam dan gagal menghormati bendera Malaysia.
Mengulas perkara itu, Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (YKMM) menerusi laman Facebook mereka mengulas kejayaan polis memberkas lelaki terbabit.
“Syabas kepada pihak berkuasa yang mengambil tindakan menahan kesemua penonton luar yang memakai seluar dalam berasaskan bendera Malaysia.
“Harap pihak polis dapat menyiasat dan mendakwa pembuat dan penjual seluar dalam tersebut.
“Biarpun di negara-negara lain budaya seperti itu memang kebiasaan, namun kita wajib mempertahankan budaya dan kedaulatan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan penuh dengan nilai-nilai murni,” tulis YKMM.
Terdahulu, sekeping gambar yang memaparkan sekumpulan warga asing memakai seluar dalam berasaskan bendera Malaysia viral di media sosial, sekali gus mencetuskan kemarahan di kalangan netizen.
Netizen menggesa polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penonton terbabit yang gagal menghormati budaya Malaysia.
Mereka juga menuntut agar pihak penganjur F1 turut dikenakan tindakan kerana tidak dapat menjaga kelakuan penonton yang hadir.
Topic Berkaitan
#F1
#Kini Trending
#Malaysia
#netizn
#Sepang
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan