awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan suami tampar isteri di Kota Warisan

Bernama
Bernama
01/02/2025
13:11 MYT
Polis tahan suami tampar isteri di Kota Warisan
Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan pada pukul 10 pagi tadi.
SEPANG: Polis menahan seorang lelaki susulan tular video memaparkan seorang isteri ditampar suaminya di sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan pada pukul 10 pagi tadi.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
"Lelaki berkenaan akan dibawa ke mahkamah esok untuk perintah tahanan reman," katanya dalam kenyataan hari ini.
Media sebelum ini melaporkan tindakan seorang lelaki menampar isterinya yang berusia 35 tahun membawa padah selepas perbuatan itu secara tidak sengaja dirakam dalam satu video 'live' di media sosial.
Rakaman video berdurasi 29 saat itu memaparkan seorang wanita berjalan keluar dari pusat beli-belah, dan setibanya di pintu keluar premis itu, tiba-tiba lelaki berkenaan menampar wajah wanita itu di khalayak ramai.
Pada 26 Jan lepas, Norhizam menerusi kenyataan mengesahkan menerima laporan berkaitan kes itu daripada adik kepada wanita yang ditampar dalam video berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#lelaki tampar wanita
#suami tampar isteri
#Akta Keganasan Rumah Tangga 1994
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan