awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan suspek kes ragut, giat kesan seorang lagi

Bernama
Bernama
28/05/2025
20:15 MYT
Polis tahan suspek kes ragut, giat kesan seorang lagi
Menurut polis, suspek yang berusia 31 tahun kini direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan semasa rompakan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan selepas cuba meragut rantai leher seorang wanita di Jalan Mexwell, Rawang dekat sini Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata dalam kejadian 5.25 petang itu, suspek bersama seorang lagi rakan yang masih bebas meragut mangsa berusia 45 tahun yang sedang memasuki kenderaannya selepas membeli barang.
"Suspek bertindak merentap rantai emas mangsa sebelum cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan suami wanita itu dengan bantuan orang awam.
"Rakan suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri menaiki motosikal dan akibat kejadian berkenaan mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada dan lutut," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Menurut Noor Ariffin suspek yang berusia 31 tahun kini direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan semasa rompakan.
Katanya usaha mengesan seorang lagi suspek giat dijalankan dan sesipa yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pengawai penyiasat Insp Muhammad Hakimir Razally di talian 011-33352585 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di 03-61262222.
Terdahulu, tular video kejadian itu berdurasi 18 saat yang memaparkan suami mangsa bertindak pantas menangkap suspek yang meragut rantai isterinya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ragut
#Rawang
#video tular
#rompak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami