awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan suspek larikan orang, buru rakan subahat

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
25/04/2023
04:50 MYT
Polis tahan suspek larikan orang, buru rakan subahat
Dalam kejadian jam 6.30 petang Isnin, seorang lelaki berusia 27 tahun dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta oleh tiga lelaki dan seorang wanita. - Gambar/ PDRM
ALOR SETAR: Polis menahan seorang suspek bagi menyelesaikan kes melarikan seorang lelaki di hadapan sebuah hotel berhampiran Terminal Bas Shahab Perdana, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata suspek lelaki berusia 43 tahun itu ditahan di sekitar bandar raya ini awal pagi tadi.
Beliau berkata, polis masih mengesan beberapa lagi suspek yang terlibat dalam insiden terbabit bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 362 Kanun Kesiksaan.
“Dalam kejadian jam 6.30 petang Isnin, seorang lelaki berusia 27 tahun dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta oleh tiga lelaki dan seorang wanita.
“Kejadian itu sempat dirakam seorang saksi yang ketika itu berada di tempat kejadian dan susulan itu polis menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa yang tinggal di Taman Wira, Mergong, mengatakan anak lelaki mereka dilarikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Ahmad Shukri berkata, siasatan mendapati mangsa telah dibebaskan oleh suspek dan polis turut mengesannya untuk membantu siasatan, termasuk mengenal pasti motif kejadian itu.
Topic Berkaitan
#kes larikan orang
#Kedah
#Tular
#tahan suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan