awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan teman lelaki wanita ditemukan mati dibunuh, dibakar

Bernama
Bernama
04/06/2022
11:58 MYT
Polis tahan teman lelaki wanita ditemukan mati dibunuh, dibakar
Mior Faridalathrash berkata lelaki berusia 20 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan pada Rabu lepas dan kini direman tujuh hari bermula hari ini. - Gambar fail
IPOH: Polis menahan teman lelaki kepada wanita yang ditemukan dipercayai dibunuh dan dibakar di tepi Sungai Kuala Kangsar, di Kampung Talang Hulu, Kuala Kangsar Selasa lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi berkata lelaki berusia 20 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan pada Rabu lepas dan kini direman tujuh hari bermula hari ini.
Semalam, bedah siasat ke atas mayat wanita itu mendapati punca kematiannya adalah akibat hentakan di kepala dengan kesan melecur yang teruk.
Sebelum ini, Mior Faridalathrash dilaporkan berkata satu mayat wanita berusia 21 tahun dipercayai dibunuh ditemukan dalam keadaan terbakar pada 3.05 petang Selasa lepas.
BACA: Hentakan di kepala, kesan melecur teruk punca kematian wanita dibakar
BACA: Mayat tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terbakar di tepi sungai
Adik lelaki mangsa berusia 19 tahun turut membuat laporan mengenai kehilangan wanita itu dipercayai berkaitan dengan penemuan mayat terbakar berdasarkan beberapa barangan dipakai mangsa.
Pada Rabu, polis menemukan seketul batu konkrit yang mempunyai kesan darah berhampiran mayat wanita terbabit yang dipercayai digunakan untuk mencederakan kepala mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita dibakar
#wanita dibunuh
#Mior Faridalathrash Wahid
#Kuala Kangsar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan