BALIK PULAU: Polis menahan tiga mat rempit yang menunggang motosikal secara berbahaya dan dipercayai berlumba haram di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran kawasan perindustrian di Bayan Lepas, dekat sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal berkata, sepasukan polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya menjalankan Op Samseng Jalanan bermula 1 pagi hingga 7 pagi tadi sebelum menahan tiga lelaki berumur 19, 21 dan 36 tahun itu.
"Hasil pemerhatian ketika operasi dijalankan, pihak polis mendapati sekumpulan penunggang motosikal menunggang secara menduga kelajuan serta beraksi membongkokkan badan (aksi Superman).
"Perbuatan itu jelas membahayakan penunggang motosikal itu sendiri serta pengguna jalan raya yang lain dan kami berjaya menahan tiga lelaki terbabit dan menyita dua motosikal mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kamarul Rizal berkata, polis turut mengeluarkan 11 saman terhadap tiga lelaki itu dan mereka yang bekerja kilang serta juruteknik lif itu kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Beliau berkata, dalam operasi sama, pihaknya turut menyita dua motosikal dan lapan saman dikeluarkan ke atas pesalah trafik lain kerana pelbagai kesalahan.
"Pihak polis akan sentiasa menjalankan operasi dari semasa ke semasa terutamanya pada hujung minggu bagi mengekang kegiatan samseng jalanan itu dan tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati bersalah melakukan kegiatan yang tidak berfaedah," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 13 2022
Polis menahan tiga mat rempit yang menunggang motosikal secara berbahaya dan dipercayai berlumba haram di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran kawasan perindustrian di Bayan Lepas, awal pagi tadi.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Lebih 100 'mat rempit' diarah tolak motosikal
Lebih 100 penunggang motosikal terpaksa menolak motosikal kira-kira sejauh satu kilometer selepas dikepung di Senawang, Seremban.
Polis tahan 152 mat rempit, bawa solat Subuh berjemaah, tazkirah
Seramai 152 mat rempit yang ditahan polis di Jalan Tun Razak, di sini, dibawa menunaikan solat Subuh berjemaah dan diberi tazkirah.
'Mat rempit' kena tolak motosikal, polis keluarkan 301 saman di Teluk Intan
Sebanyak 42 motosikal disita selain 301 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Samseng Jalanan dan Operasi Khas Ekzos Bising di Kilometer 43 Jalan Teluk Intan-Sitiawan, Teluk Intan.
Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung ketika melakukan aksi 'wheelie' di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong di sini pada Rabu.
Polis Pulau Pinang buat operasi di BORR, 'mat rempit' kena tolak motosikal lagi
Polis Pulau Pinang menyita 48 motosikal dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dekat Butterworth dalam usaha menggempur 'mat rempit' dan samseng jalanan.
Lebih 300 'mat rempit' tunggang lawan arus atas lebuh raya lari daripada polis
Lebih 300 penunggang motosikal bertindak melarikan diri dengan menunggang secara melawan arus di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
Video tular: Dua maut akibat 'rempit' di Klang
Dua individu maut dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, dekat sini, 4.30 pagi semalam.
Mat rempit kecundang, berpeluh tolak motosikal beramai-ramai
Sekumpulan mat rempit menolak motosikal mereka selepas ditahan menerusi Op Samseng Jalanan di Jalan Kajang Utama 2, di sini pada Ahad.
Hampir 100 motosikal disita dalam operasi samseng jalanan di Pulau Pinang
Operasi tersebut dijalankan oleh polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pulau Pinang dan JSPT Bukit Aman.