Tiga lelaki bersenjatakan parang dicekup polis selepas menyamun seorang pekebun sayur warga Indonesia di rumah kongsinya melibatkan kerugian RM8,600 dalam kejadian di Jalan Tanjung Lumpur, Kampung Sungai Soi di sini 22 Julai lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Othman Nayan berkata dalam kejadian pada pukul 4 petang itu mangsa, 32 tahun, dikatakan sedang berehat di rumah kongsinya sebelum ia dipecah masuk oleh suspek yang bersenjatakan parang .
"Suspek yang menutup muka dengan kain hitam kemudiannya mengugut mangsa supaya menyerahkan barangan berharga dan antara barangan yang diambil termasuk wang tunai RM400, dua telefon bimbit jenis Samsung, sebuah mesin racun penyembur, sebuah mesin rumput beroda dan dua unit bateri lori.
"Bertindak atas laporan, polis kemudian telah melakukan satu operasi khas dan berjaya menahan dua daripada suspek yang ketika itu sedang menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna perak dipercayai kereta curi di Batu 5, Jalan Gambang di sini pada 25 Julai.
"Kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 26 tahun didapati tidak mempunyai sebarang pekerjaan, dan mempunyai rekod jenayah lampau selain positif dadah," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Menurutnya hasil pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan tersebut, polis telah menemui pelbagai senjata tajam seperti pisau panjang, bayonet, pedang pendek dan tukul besi selain pelbagai peralatan pertukangan yang disyaki digunakan untuk memecah rumah.
"Selain itu polis juga menemui selaras senapang angin buatan sendiri, beg barangan kosmetik dan kotak gabus mengandungi aksesori telefon selain sebuah mesin rumput, lima botol racun rumput, sebuah pam air, segulung wayar dan tujuh pasang but," katanya.
Beliau berkata siasatan lanjut polis membawa kepada penahanan seorang lagi suspek lelaki berusia 19 tahun, juga positif dadah di Batu 5, Jalan Gambang pada 26 Julai lepas.
"Ketiga-tiga suspek mengaku melakukan jenayah terbabit dan mereka kini ditahan reman sehingga 7 Ogos depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2017
SAC Othman Nayan menunjukkan senapang angin buatan sendiri yang dirampas, pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di Kuantan, hari ini. --fotoBERNAMA
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Kanak-kanak perempuan 4 tahun sudah jadi tunang orang
Sebuah rakaman video pertunangan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Indonesia menjadi tular di media sosial.
METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang
Pihak METMalaysia juga melaksanakan simulasi untuk mengenal pasti potensi berlaku tsunami akibat letusan itu dan ancamannya kepada Malaysia.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Piala Asia B-23: Dua kad merah saksi kehandalan Qatar ketepikan cabaran Indonesia
Pengadil, Nasrullo Kabirov, terlebih dahulu menghadiahkan sepakan penalti yang disudahkan Khaled Ali Binsabaa pada minit ke-44.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Sebahagian umat Islam di Jogjakarta sambut 1 Syawal hari ini
Imam Masjid Aolia, Sholeh Pranolo berkata, lebaran tahun ini disambut lebih awal atas dasar 'keyakinan dan perjalanan spiritual'.
Prabowo mahu tingkatkan persahabatan, kerjasama Indonesia-China
Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto zahirkan harapan untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara Indonesia dan China.
Indonesia tempah dua kapal selam dari Naval Group dan PT PAL
Kapal selam itu akan dibina di Indonesia menggunakan pemindahan teknologi daripada Naval Group.
Prabowo lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping di Beijing
Prabowo Subianto melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of the People di Beijing.
Kod Tatalaku di Laut China Selatan perlu segera dimuktamadkan - Bekas Menteri Luar Indonesia
Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan perlu dimuktamadkan secepat mungkin bagi mengelakkan peningkatan konflik berhubung tuntutan maritim di kawasan itu, kata seorang diplomat.