awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tiga warga Sierra Leone dalang sindiket wang palsu

Bernama
Bernama
17/10/2024
15:45 MYT
Polis tahan tiga warga Sierra Leone dalang sindiket wang palsu
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, ketika sidang media khas di Menara KPJ, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Cubaan tiga warga Sierra Leone menjual wang palsu dolar Amerika Syarikat (USD) kepada pembeli tempatan gagal, selepas diberkas polis dalam serbuan di ibu negara.
Ketiga-tiga lelaki berusia antara 20 dan 30 tahun itu yang memasuki Malaysia sebagai pelajar di sebuah kolej universiti swasta di Selangor pada 2022 dan 2024, ditahan di sebuah kondominium, 2 Okt lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka dipercayai memulakan kegiatan itu sejak awal tahun ini dengan cara membeli wang palsu menerusi aplikasi media sosial pada harga hanya RM6.97 untuk 10,000 keping nota USD.
"Mereka akan menjual semula wang palsu tersebut kepada pembeli di Malaysia dengan harga RM1,000 untuk 10,000 keping," katanya pada pemberita pada sidang media, di sini, hari ini.
Ramli berkata sindiket terbabit dipercayai mendapat bekalan wang palsu daripada China.
Beliau berkata dalam serbuan berkenaan, polis turut merampas empat keping nota USD100, dua keping kertas kosong bersaiz nota USD100, pasport dan dua kereta jenis Naza Forte dan Proton Iriz.
Kesemua yang ditahan direman hingga 21 Okt ini di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan kes disiasat di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Sierra Leone
#wang palsu
#JSJK Bukit Aman
#dolar AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan