Satu sindiket pengedaran dadah tumpas dengan tertangkapnya empat lelaki, dua wanita warga Vietnam dan seorang wanita tempatan, serta rampasan dadah bernilai hampir RM1 juta dalam beberapa serbuan di Johor.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata kesemua suspek ditahan dalam serbuan di beberapa kondominium dan rumah sekitar Batu Pahat dan di Kempas, di sini, bermula pukul 8.00 malam, Selasa lepas sehingga 1.30 petang keesokan harinya.
Beliau berkata dengan penahanan itu, pihak polis percaya telah melumpuhkan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai telah beroperasi sejak dua tahun lepas.
"Mereka yang ditahan merupakan empat lelaki tempatan berusia 29 hingga 48 tahun; seorang wanita berusia 46 tahun dan dua wanita warga Vietnam berumur 25 dan 27 tahun. Wanita-wanita itu merupakan isteri kepada tiga orang suspek lelaki," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Katanya antara yang dirampas dalam serbuan itu ialah 27.69 kg heroin; 5.7 kg syabu; 1.5 kg ketamin; 1,800 biji pil eramin 5; 870 biji pil ecstasy dan 170 biji pil Yaba, yang bernilai keseluruhan RM806,305, serta sepucuk pistol CZ75 Compact CAL.9 Luger, satu kelopak peluru, dan 13 butir peluru hidup.
Kamarudin berkata polis turut menyita lima kereta jenis Lexus, BMW, Hyundai Tucson, Honda Accord dan Toyota Camry, dua utas jam tangan berjenama, tiga utas rantai leher emas, 22 bentuk cincin emas, sepasang anting-anting emas, wang tunai RM10,665 dan mata wang asing SGD111, yang nilai keseluruhannya berjumlah RM267,545.50.
"Berdasarkan semakan, tiga daripada suspek lelaki didapati mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah dan gaduh," katanya.
Semua suspek kini direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 27 Januari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.
Sementara itu Kamarudin , beliau berkata sejak 1 Januari hingga semalam (22 Jan), seramai 1,236 individu telah ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di Johor melibatkan rampasan 113 kg dadah bernilai RM1.55 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 23 2020

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din (dua,kiri) menunjukkan dadah yang dirampas dalam lapan serbuan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor Bahru, hari ini. - Foto BERNAMA
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/6927864521611533734917/1887083_18649241241611533835648_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [25 Januari 2021]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad.

AWANI Ringkas: Biden mahu pelan AS$1.9 trilion dilulus segera | Lewat hantar vaksin, Itali ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (8:00AM).

Australia lulus vaksin Pfizer, kempen vaksinasi dijangka bermula akhir Februari
Vaksin Pfizer diluluskan penggunaannya untuk warga Australia berusia 16 tahun dan ke atas.

COVID-19: Mesir mulakan program vaksinasi, petugas kesihatan diutamakan
Mesir memulakan kempen vaksinasinya dengan memberikan suntikan vaksin Sinopharm kepada petugas kesihatan di Ismailia.

AWANI Ringkas: Puas hati penjelasan pengurusan darurat, COVID-19 | Ibu pejabat KWSP ditutup bermula hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (7:00AM).

COVID-19 | Hospital ditutup susulan penemuan kes varian baharu
Sebuah hospital di Berlin, Jerman kini tidak lagi merawat pesakit baharu kerana menguruskan beberapa kes varian baharu COVID-19. Saringan rutin harian di wad kardiologi di Hospital Vivantes Humboldt mendapati 20 pesakit dijangkiti varian baharu itu.

Unjuran Pasaran | Ringgit dijangka mengukuh minggu ini
Sementara itu, Penganalisis Pasaran FXTM Han Tan berkata minggu ini akan berlaku peristiwa besar yang boleh mengubah sentimen risiko global. Ini termasuk musim pengumuman pendapatan korporat di Amerika sehingga data ekonomi dari Amerika dan China, serta keputusan kadar Rizab Persekutuan Amerika.

Unjuran Pasaran | Bursa Malaysia dijangka diniaga berhati-hati
Bursa Malaysia dijangka menyaksikan urus niaga berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat minggu ini. Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata penyertaan pelabur dijangka agak perlahan minggu ini.

Vaksin COVID-19 | Naib Presiden Argentina terima suntikan pertama
Naib Presiden Argentina Cristina Fernandez De Kirchner menerima dos pertama vaksin Sputnik V buatan Rusia. Bekas Presiden dua kali itu berusia 67 tahun menerima suntikan vaksin di Hospital Presiden Peron di Avellaneda, Buenos Aires.

COVID-19 | Angka korban global melepasi 2.12 juta
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2.12 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 418 ribu kes.

Polis Johor pertikai bukti CCTV pemilik kafe didenda tidak pakai pelitup muka
Sudut rakaman CCTV itu hanya menunjukkan seolah-olah tiada orang lain berhampiran wanita itu sedangkan pihak polis mempunyai perspektif yang berbeza.

Polis Johor sita dadah hampir RM200 juta, rampasan terbesar dalam sejarah
Polis Johor menumpaskan sindiket antarabangsa dan merampas dadah bernilai hampir RM200 juta yang menjadi rampasan terbesar Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga kini.

Polis Johor buka kertas siasatan berkaitan kartel daging
Polis Johor akan membuka kertas siasatan berhubung satu laporan polis yang dibuat berkaitan kes kartel daging yang diserbu di Senai, dekat Kulai, awal bulan ini.

Polis trafik pandu lawan arus, di bawah pengaruh alkohol ditahan
Seorang anggota polis trafik ditahan kerana memandu secara berbahaya dengan melawan arus selain disyaki berada di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian pada 12.30 tengah malam tadi.

LTTE: Ketua Polis Johor terima ugutan bunuh
Ancaman bunuh itu diterima Ayob Khan dua minggu lalu menerusi panggilan telefon daripada individu tidak dikenali kepada pegawainya.

IPD bermasalah: 30 peratus anggota ada masalah integriti serius - Ayob Khan
Lebih 30 peratus anggota di empat buah balai polis dan satu bahagian di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Johor, dikenal pasti mempunyai masalah rekod integriti lampau yang serius.

Polis Johor patahkan cubaan seludup syabu RM1.4 juta ke Indonesia
Polis Johor mematahkan cubaan menyeludup 31.25 kilogram syabu bernilai RM1.4 juta ke Indonesia serta menahan tiga lelaki.

Pegawai polis IPD Iskandar Puteri positif COVID-19, 111 kontak dikuarantin
Susulan itu, seramai 111 kontak rapat pegawai terbabit diarahkan menjalani kuarantin di rumah bermula 30 November lalu.

4 ditahan kes polis maut kejar penjenayah
Semua mereka ditahan di Kampung Melayu Selong Senai dan Kampung Melayu Pandan antara jam 2 petang hingga 9 malam tadi.

Perodua MyVi yang lari ketika ditahan anggota MPV sudah dijumpai polis
Kereta berwarna ungu itu telah ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Baru Pandan, Johor Jaya pada 11.30 pagi, kira-kira tujuh kilometer dari lokasi nahas.