NATIONAL
Polis tahan wanita disyaki dera anak

Seorang wanita ditahan kerana disyaki mendera anak perempuannya berusia 11 tahun, dengan kesan luka akibat gigitan dan cucukan gunting ikan.
KANGAR: Polis menahan seorang wanita berhampiran Jejambat Titi Kerbau, Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis dekat sini semalam kerana disyaki mendera anak perempuannya berusia 11 tahun.
Ringkasan AI
- Seorang wanita ditahan kerana disyaki mendera anak perempuannya berusia 11 tahun, dengan kesan luka akibat gigitan dan cucukan gunting ikan.
- Penahanan dilakukan selepas laporan dibuat oleh guru besar sekolah kanak-kanak itu di Jitra, dan mangsa kini dirawat di hospital.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.
"Hasil laporan pemeriksaan doktor dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar mendapati terdapat kesan luka di bahagian belakang badan, leher, kaki dan tangan mangsa akibat digigit serta dicucuk dipercayai menggunakan gunting ikan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yusharifuddin berkata kanak-kanak itu ditahan di wad bagi rawatan susulan manakala wanita yang tinggal di sebuah taman perumahan di Kangar, direman empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami