awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan warga asing disyaki bunuh teman wanita di Bukit Bintang

Bernama
Bernama
08/10/2022
14:34 MYT
Polis tahan warga asing disyaki bunuh teman wanita di Bukit Bintang
Seorang wanita berusia 36 tahun dijumpai terbaring di atas lantai dan telah meninggal dunia dalam sebuah bilik di hotel tersebut. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing ditahan semalam kerana dipercayai membunuh kekasihnya di sebuah hotel di Bukit Bintang pada Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan sekitar Sentul pada 7.25 petang.
Beliau berkata sebelum itu, pihaknya menerima maklumat seorang wanita berusia 36 tahun dijumpai terbaring di atas lantai dan telah meninggal dunia dalam sebuah bilik di hotel tersebut.
"Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lilitan di leher perempuan warga tempatan tersebut akibat dijerut menggunakan tali yang turut ditemukan di lokasi kejadian.
"Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan polis," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Noor Dellhan berkata semakan awal mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah namun salinan pasport yang dikemukakan telah tamat tempoh.
Katanya lelaki itu ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#Bukit Bintang
#warga asing ditahan
#teman wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan