awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima 4 laporan babit harimau belang termasuk di Goh Tong Jaya, Batang Kali

Sinar Harian
Sinar Harian
03/09/2023
04:45 MYT
Polis terima 4 laporan babit harimau belang termasuk di Goh Tong Jaya, Batang Kali
Polis telah memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). - Gambar hiasan
HULU SELANGOR: Polis menerima empat laporan berhubung kejadian seekor harimau belang berkeliaran di sekitar Batang Kali, Goh Tong Jaya, Serendah dan Kuala Kubu Bharu di sini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya telah memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mengambil tindakan awal bagi memastikan keselamatan masyarakat terjamin.
"Perhilitan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seekor harimau yang sedang berkeliaran dengan memasang beberapa kamera untuk mengenal pasti kedudukan haiwan liar itu.
"Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan berhati-hati ketika menjalankan aktiviti berkebun, mendaki bukit, memasuki hutan dan sebagainya.
"Orang ramai turut dinasihatkan supaya bertenang dan tidak gusar berhubung kejadian ini. Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641132," katanya.
Pada 27 Ogos lalu, media melaporkan (Perhilitan) Selangor memasang kamera perangkap bagi mengesan harimau belang yang didakwa berada di Kilometer 18 Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini.
Ia susulan seorang anggota polis bantuan berusia 56 tahun membuat laporan yang mendakwa melihat haiwan liar itu jam 5.30 pagi, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Harimau belang
#batang kali
#Genting Highlands
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan