awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima 57 laporan penipuan mesin minuman layan diri libatkan kerugian RM5.3 juta

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
23/06/2024
13:08 MYT
Polis terima 57 laporan penipuan mesin minuman layan diri libatkan kerugian RM5.3 juta
Ramli menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan mendapatkan maklumat yang secukupnya sebelum melabur dalam mana-mana skim. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis menerima 57 laporan mengenai skim penipuan mesin minuman layan diri yang melibatkan kerugian lebih RM5.3 juta sejak tahun lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan kes itu dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Seksyen itu katanya, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat serta hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
"Mana-mana individu yang menjadi mangsa skim penipuan ini diminta tampil membuat laporan di balai polis berhampiran dengan segera," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Ramli menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan mendapatkan maklumat yang secukupnya sebelum melabur dalam mana-mana skim.
"Saya juga nasihat orang ramai untuk mendapatkan pandangan dan nasihat daripada agensi berkaitan dengan pelaburan seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti sebelum melabur," jelasnya.
Selain itu katanya, orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan
"Jangan membuat pelaburan secara membuta tuli. Ingatlah, tamak haloba dan kejahilan adalah menjurus kepada kerugian," katanya.
Topic Berkaitan
#Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
#scammer
#skim penipuan
#mesin layan diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan