Skip to main content

Malaysia

Polis terima laporan dakwaan surat peletakan jawatan MB Negeri Sembilan

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin, berkata laporan itu dibuat seorang pesara lelaki berusia 65 tahun di Balai Polis Chow Kit, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira jam 9.55 pagi.

Ringkasan AI

  • Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan surat peletakan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan diserahkan kepada istana tanpa persetujuan.
  • Laporan dibuat seorang pesara lelaki di Balai Polis Chow Kit, meminta siasatan dijalankan berdasarkan laporan media dan kenyataan berkaitan isu tersebut.
  • Pengadu turut meminta polis meneliti kemungkinan kaitan isu ini dengan dakwaan konspirasi terhadap kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan surat peletakan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan diserahkan kepada pihak istana tanpa persetujuan pada Sabtu, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin, berkata laporan itu dibuat seorang pesara lelaki berusia 65 tahun di Balai Polis Chow Kit, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira jam 9.55 pagi.

Beliau berkata pengadu memohon supaya siasatan dijalankan berdasarkan laporan media dan kenyataan yang dirujuk berhubung isu berkenaan.

Advertisement

Menurutnya, pengadu turut meminta polis meneliti kemungkinan wujud kaitan antara isu tersebut dengan dakwaan konspirasi terhadap kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

"Bagaimanapun, pengadu mengakui belum mempunyai bukti langsung yang mengesahkan dakwaan konspirasi terhadap kedudukan Baginda atau penglibatan pihak yang sama dalam kedua-dua isu tersebut.

Advertisement

"Kandungan laporan itu merupakan permohonan supaya siasatan dijalankan berdasarkan syak wasangka pengadu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini, Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SekPur) menggesa polis menyiasat dakwaan konspirasi untuk menjatuhkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, selain kemungkinan kewujudan pakatan yang menyentuh institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Setiausaha Agung SekPur, Mejar (B) Razali Zakaria, berkata laporan polis itu dibuat susulan beberapa laporan media dan kenyataan individu tertentu yang menimbulkan persoalan mengenai pihak yang menyediakan, mengarahkan serta menyerahkan surat peletakan jawatan berkenaan kepada pihak istana.

Must Watch Video

Advertisement