awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima laporan, sudah buka kertas siasatan - Amar Singh

Astro Awani
Astro Awani
01/12/2018
05:23 MYT
Polis terima laporan, sudah buka kertas siasatan - Amar Singh
Setakat ini pihaknya membuat kertas siasatan mengikut Seksyen 420 dan 409 Kanun Keseksaan. - Astro AWANI/Shahir Omar
Polis Diraja Malaysia mengesahkan menerima dua laporan polis yang dibuat Lembaga Tabung Haji (TH) membabitkan salah guna kuasa yang dilakukan pemimpin terdahulu organisasi itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, setakat ini pihaknya membuat kertas siasatan mengikut Seksyen 420 dan 409 Kanun Keseksaan.
"Saya sahkan kita terima laporan polis daripada TH dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan 409 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Ditanya sama ada pihaknya akan memanggil bekas pemimpin tertinggi TH itu dalam waktu terdekat, Amar Singh enggan mengulas lanjut.
BACA: TH buat laporan polis terhadap bekas Pengerusi, CEO dan pengurusan kanan
Semalam, TH membuat dua laporan polis membabitkan bekas pengerusi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas Ketua Pengawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah.
Selain itu, TH turut menamakan beberapa pengurusan kanan lain seperti Datuk Adi Azuan (Ketua Pegawai Operasi), Datuk Rozaida Omar (Ketua Pegawai Kewangan), Hazlina Mohd Khalid (Penasihat Undang-Undang) dan Rifina Md Ariff (Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat dan Harta Tanah).
Topic Berkaitan
#berita hari ini
#Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh
#JSJK Bukit Aman
#PDRM
#pemimpin
#salah guna kuasa
#Seksyen 420 Kanun Keseksaan
#Tabung Haji
#TH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan