awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima lebih 1,500 laporan kesalahan PRN - KPN

Bernama
Bernama
10/08/2023
16:26 MYT
Polis terima lebih 1,500 laporan kesalahan PRN - KPN
Razarudin berkata 13 kertas siasatan turut dibuka membabitkan kes fitnah dan kenyataan sumbang serta jelek melalui media sosial. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 1,524 laporan melibatkan kesalahan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bagi tempoh 29 Julai hingga 9 Ogos lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata daripada jumlah itu, 629 laporan diterima di Selangor, diikuti Terengganu (289), Kedah (249), Kelantan (213), Negeri Sembilan (111) dan Pulau Pinang (33).
Beliau berkata sejumlah 103 kertas siasatan telah dibuka membabitkan 26 di Selangor, Kedah (23), Pulau Pinang (16), Terengganu (15), Negeri Sembilan (14) dan Kelantan (sembilan).
"Empat tangkapan telah dibuat pasukan Op Cantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan warga tempatan," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini pada Khamis.
Menurutnya daripada empat tangkapan itu, satu kes telah dituduh mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan, dua kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta satu kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Razarudin berkata 13 kertas siasatan turut dibuka membabitkan kes fitnah dan kenyataan sumbang serta jelek melalui media sosial.
Beliau berkata 373 Pegawai Penyiasat ditempatkan di enam kontinjen bagi tujuan menyiasat kes-kes berkaitan PRN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#fitnah
#Ketua Polis Negara
#PRN
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan