awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Thailand, Malaysia perkukuh kerjasama banteras jenayah rentas sempadan

Bernama
Bernama
06/08/2024
21:30 MYT
Polis Thailand, Malaysia perkukuh kerjasama banteras jenayah rentas sempadan
Jeneral Torsak Sukvimol berkata mesyuarat tahunan Thailand-Malaysia berfungsi sebagai platform untuk kedua-dua negara membincangkan pelbagai jenayah rentas sempadan. - Foto bangkok.ilea.state.gov
BANGKOK: Polis Diraja Thailand akan terus bekerjasama dengan rakan sejawatannya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memerangi jenayah rentas sempadan dan menggalakkan kerjasama dalam hal ehwal polis.
Ketua Polis Negara Thailand Jeneral Torsak Sukvimol berkata mesyuarat tahunan Thailand-Malaysia berfungsi sebagai platform untuk kedua-dua negara membincangkan pelbagai jenayah rentas sempadan dan mengekalkan kerjasama dalam hal ehwal kepolisan.
"Ia adalah mesyuarat tahunan yang dihoskan secara bergilir-gilir oleh kedua-dua negara. Ini mencerminkan dedikasi kami untuk mengekalkan ketenteraman dan membina keyakinan dalam masyarakat kedua-dua negara," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Kenyataan itu dikeluarkan sempena Kajian Jabatan ke-27 Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kerja antara Thailand-Malaysia mengenai Aktiviti Jenayah yang diadakan di sini.
Beliau menambah bahawa kedua-dua negara akan terus menegakkan komitmen mereka untuk memerangi jenayah rentas sempadan dengan bertukar-tukar risikan, sumber dan kepakaran.
Torsak berkata tahun ini, mesyuarat itu memberi tumpuan kepada bertukar-tukar maklumat mengenai sembilan topik utama.
Beliau berkata tumpuan utama termasuk penyeludupan dan pemerdagangan senjata api, kenderaan curi, pemerdagangan manusia dan imigresen haram.
"Jenayah ekonomi, jenayah siber, penyeludupan dan pengedaran dadah, keselamatan sempadan, jenayah maritim, keganasan dan latihan serta pembinaan kapasiti turut dibincangkan semasa mesyuarat sehari itu," katanya.
Sementara itu, menurut laman Facebook rasmi PDRM, satu kenyataan disiarkan menyatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghadiri mesyuarat itu, diiringi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin, Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh dan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris di Bangkok pada Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#Malaysia
#kerjasama
#jenayah rentas sempadan
#kawalan keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan