Pihak berkuasa Thailand menahan seorang lagi rakyat Malaysia disyaki anggota utama sindiket dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi yang sibuk semalam, sebelum suspek menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.
Lelaki berusia 44 tahun dari Pulau Pinang itu ditahan pada 7 malam (waktu tempatan) selepas pihak berkuasa Thailand menjalankan pengawasan terhadapnya berhubung peranan suspek yang dua kali gagal untuk menyeludup dadah ke Malaysia awal tahun ini dan akhir hujung tahun lepas.
"Lelaki Malaysia itu tiba di Bangkok kira-kira dua minggu lepas dan sentiasa dalam pengawasan polis sejak itu," kata Timbalan Ketua Biro Penindasan Narkotik (NSB) Thailand Mejar Jen Pornchai Charoenwong di lapangan terbang semalam.
Menurutnya, lelaki itu dipercayai anggota utama di sebalik penemuan 87kg ice di sebuah rumah sewa di Hatyai Januari lepas serta rampasan 52.4kg heroin dan 41.9kg ice dari sebuah kereta yang dipandu dua lelaki warga Malaysia di Chumphon, Disember tahun lepas.
Pornchai berkata semasa soal siasat, kedua-dua lelaki rakyat Malaysia yang ditahan hujung tahun lepas itu telah mendedahkan kepada pihak berkuasa Thai, mengenai pembabitan lelaki Pulau Pinang itu dalam kedua-dua kes penyeludupan dadah tersebut.
"Suspek banyak kali datang ke Thailand sebelum ini untuk menempah bekalan dadah. Sebaik urusan selesai, dia akan pulang ke Malaysia dan menunggu bekalan dihantar," katanya dan menambah pihak polis masih meneruskan siasatan mengenai lelaki itu dan sindiketnya.
Selain penahanan lelaki Pulau Pinang itu, polis Thai juga berjaya membuat satu lagi tangkapan berprofil tinggi terhadap seorang warga Malaysia yang merupakan anggota kanan sindiket dadah antarabangsa, di Lapangan Terbang Hatyai, Rabu lepas.
Lelaki yang digelar ''Mr T'' itu berasal dari Johor, didakwa bertanggungjawab terhadap beberapa percubaan menyeludup beratus-ratus kilogram ice ke Malaysia dan menjalankan operasi perniagaan melalui pengubahan wang haram hasil daripada aktiviti dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2017
Seorang rakyat Malaysia dipercayai anggota kanan sindiket dadah ditahan polis Thailand di Lapangan Terbang Suvarnabhumi malam tadi. - Bernama
Lawrence Wong sah PM baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri republik itu yang baharu, pada Selasa.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Peristiwa Nakba disifatkan berulang, tapi lebih dahsyat
76 tahun berlalu, peristiwa Nakba yang berlaku pada 14 Mei 1948 terus diingati sebagai peristiwa hitam buat rakyat Palestin. Nakba yang membawa maksud malapetaka merujuk kepada penghapusan etnik Palestin, yang mana bagi penduduk Gaza, peristiwa itu tidak ubah seperti apa yang berlaku sekarang. Penderitaan dan kesengsaraannya malah disifatkan lebih teruk berbanding 1948.
Malaysia mahu terokai pelbagai bidang dengan Republik Kyrgyz
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz dalam pelbagai bidang yang boleh dibangunkan bersama.
Dua pegawai penjara maut, seorang banduan lolos
Penyerang bersenjata membunuh dua pegawai penjara Perancis dan mencederakan tiga yang lain dalam serangan ke atas konvoi di Normandy pada Selasa.
Data PADU sudah sedia, tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Sebarang keputusan berhubung pelaksanaan mekanisme tersebut, hanya akan diputuskan oleh kerajaan pada tempoh yang sesuai bagi mengelakkan spekulasi inflasi.
Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM
Republik Kyrgyz hari ini menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Cadangan gaji minimum UNICEF sedang dikaji - Rafizi
Rafizi menjelaskan perbincangan berkenaan gaji minimum termasuk prosesnya itu adalah tanggungjawab Majlis Perundingan Gaji Negara bagi menilai kedudukan gaji minimum.
Malaysia dan Kyrgyz komited pertingkat kerjasama
Malaysia dan Republik Kyrgyz hari ini mengesahkan komitmen mereka bagi meningkatkan kerjasama dua hala untuk manfaat bersama kedua-dua negara dan rakyat masing-masing.
[TERKINI] PM Slovakia digegaskan ke hospital selepas ditembak
Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico digegaskan ke hospital selepas ditembak seorang lelaki pada Rabu. Kenyataan yang dikeluarkan oleh media kerajaan TASR memaklumkan bahawa pemimpin itu mengalami kecederaan selepas ditembak di House of Culture, tempat beliau bermesyuarat.
Lapan maut, bas bertembung pikap di utara Florida
Sekurang-kurangnya lapan terbunuh manakala lapan yang lain parah selepas sebuah bas bertembung dengan sebuah trak pikap di utara Florida pada Selasa.
Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba
Polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba dalam beg silang miliknya.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Op Tapis Khas 2: 5,041 ditahan, dadah bernilai lebih RM324,000 dirampas - Polis
Tangkapan dilakukan di 3,727 lokasi antaranya kawasan Felda, Felcra, projek Perumahan rakyat dan perkampungan nelayan.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek yang memandu Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar anggota Unit Kereta Peronda Polis.
Reman enam suspek terlibat sindiket dadah disambung tujuh hari
Sambung reman terhadap keenam-enam suspek berumur 40 dan 74 tahun itu bermula Selasa hingga 4 Mac ini.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.