awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tidak benarkan 'Himpunan Selamatkan Selangor' esok

Bernama
Bernama
17/10/2015
12:44 MYT
Polis tidak benarkan 'Himpunan Selamatkan Selangor' esok
Penganjur, Datuk Jamal Md Yunos sebelum ini berkata ia dijadualkan berlangsung pada 11 Okt dan kemudian ditunda kepada 18 Okt bagi memenuhi syarat 10 hari menghantar notis mengikut APA 2012. -Gambar fail
Polis tidak membenarkan penganjuran 'Himpunan Selamatkan Selangor' yang dijadual berlangsung di hadapan sebuah pusat membeli-belah di Ampang esok kerana tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Khairuddin Daad berkata penganjur masih berdegil dan tetap ingin meneruskan perhimpunan itu walaupun permit tidak diluluskan.
"Saya nasihatkan orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan itu kerana ia tidak mendapat kebenaran daripada polis mahupun Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
"Bagaimanapun, saya akan menempatkan anggota di beberapa kawasan untuk mengawal keadaan dan keselamatan orang ramai," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Penganjur perhimpunan berkenaan iaitu Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos sebelum ini berkata ia dijadualkan berlangsung pada 11 Okt dan kemudian ditunda kepada 18 Okt bagi memenuhi syarat 10 hari menghantar notis mengikut APA 2012.
Sementara itu, Jamal berkata perhimpunan berkenaan akan bermula pada pukul 3 petang di hadapan pusat membeli-belah tersebut.
"Saya telah membuat permohonan kepada polis seperti yang termaktub dalam APA 2012 namun terserah kepada polis untuk menjalankan tanggungjawab mereka," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Topic Berkaitan
#akta perhimpunan aman
#Ampang
#APA
#Himpunan Selamatkan Selangor
#Khairuddin Daad
#MPAJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan