awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan pengambilan 20,000 guru DG9 dibuka Mac - KPM
Wanita hilang ditemui maut, dipercayai dibunuh kekasih
KTMB sedia lapan ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tidak gentar provokasi, operasi roboh jeti haram bermula Isnin

Bernama
Bernama
21/10/2025
13:10 MYT
Polis tidak gentar provokasi, operasi roboh jeti haram bermula Isnin
Polis akan meneruskan operasi meroboh lebih 100 jeti di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand meskipun menerima pelbagai bentuk provokasi daripada pihak tertentu di Thailand. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Polis akan meneruskan operasi meroboh lebih 100 jeti di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand meskipun menerima pelbagai bentuk provokasi daripada pihak tertentu di Thailand.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata operasi besar-besaran itu dijadualkan bermula Isnin ini dan dilaksanakan secara berperingkat.
"Insya-Allah ia akan bermula di Pasir Mas dan Rantau Panjang dahulu. Sekarang ini kami menerima banyak provokasi daripada mereka di sana, namun operasi tetap diteruskan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.
Beliau berkata provokasi yang diterima termasuk cubaan menghalang perobohan serta isu melibatkan hubungan kekeluargaan antara penduduk di kedua-dua negara berkenaan.
Sementara itu, Pemangku Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) ACP Ijid Landu Binju berkata dalam perkara ini, pihaknya akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan.
"Peranan PGA ialah sebagai elemen sokongan sumber manusia dan logistik sekiranya dipohon oleh jabatan-jabatan yang terlibat perobohan jeti haram," katanya ketika dihubungi hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jeti haram
#sempadan Malaysia-Thailand
#provokasi
#Polis Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan