awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia meningkat kepada 34
Rekod 42.2 juta pelawat pada 2025, Malaysia perkukuh kerjasama bagi TMM2026
Orang buruan warga Malaysia ditahan di lapangan terbang India, tunggu penyerahan kepada PDRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tingkat kawalan walaupun tiada peningkatan kes COVID-19 di Langkawi

Astro Awani
Astro Awani
29/09/2021
13:17 MYT
Polis tingkat kawalan walaupun tiada peningkatan kes COVID-19 di Langkawi
Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, semalam pulau itu merekodkan 113 kes COVID-19 namun semuanya membabitkan penularan tempatan, bukan dibawa pelancong yang memasuki pulau itu. - Gambar fail
SUNGAI PETANI: Polis Kedah terus terus meningkatkan kawalan di pintu masuk dan di pusat beli belah serta kawasan rekreasi di Langkawi, walaupun tiada peningkatan kes baharu COVID-19.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata semalam pulau itu merekodkan 113 kes COVID-19 namun semuanya membabitkan penularan tempatan, bukan dibawa pelancong yang memasuki pulau itu.
Bagaimapun jelas Kamarul Zaman, kes baharu menurun kepada 35 hari ini.
Ia melibatkan lima kes di Ulu Melaka, Kuah (sembilan), Kedawang (lima), Padang Maksirat (lapan), Bohor (tujuh) dan Ayer Hangat (satu).
Langkawi | Polis tetap tingkatkan kawalan di pintu masuk
BACA: Ketua Wanita, Puteri UMNO Langkawi positif COVID-19
BACA: Rentas negeri hanya melancong ke Langkawi - MOTAC
“Saya dapat maklumat daripada KKM bahawa memang kes tempatan, tak ada daripada orang luar.
“Jadi, dari segi penguatkuasaan kita memang tekankan di sembilan tempat pusat beli-belah dan 10 tempat rekreasi... semua ada anggota polis ditempatkan di sana untuk memastikan bahawa pengunjung mematuhi SOP," katanya.
Sebelum ini, Ketua Wanita UMNO Langkawi, Hisham Suhaily Othman disahkan positif COVID-19 dan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM), sejak Selasa.
Selain Hisham Suhaily yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Kedah, turut disahkan positif ialah Ketua Puteri UMNO Langkawi, Ummi Kalsom Abdul Muthalib dan lima Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Langkawi yang kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Topic Berkaitan
#Langkawi
#pelancong
#SOP
#Ketua Polis Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan