awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tolak permohonan penganjur perhimpunan Sabtu ini

Bernama
Bernama
14/09/2023
16:36 MYT
Polis tolak permohonan penganjur perhimpunan Sabtu ini
Mohd Shuhaily berkata antara butiran yang tidak dinyatakan secara terperinci oleh penganjur, ialah lokasi dan nama penganjur perhimpunan ketika membuat permohonan. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak permohonan penganjur perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini, kerana maklumat yang dikemukakan tidak lengkap.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata antara butiran yang tidak dinyatakan secara terperinci oleh penganjur, ialah lokasi dan nama penganjur perhimpunan ketika membuat permohonan.
"Kami tidak boleh kata terima notis pemakluman sebab maklumat diberikan tidak lengkap, maka polis tidak boleh terima.
"Sebelum ini, dikatakan perhimpunan akan dibuat di sekitar sebuah pusat beli-belah di ibu negara, namun maklumat terkini diterima polis menyatakan ia akan dibuat di salah sebuah masjid di Kampung Baru," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, pada malam Khamis.
"Ia tidak membantu kami, sebab tiada ketetapan daripada penganjur. Ini akan sukarkan ramai pihak termasuk pengguna jalan raya, saya amat berharap penganjur bertanggungjawab bantu kami untuk selaraskan penugasan pada Sabtu ini," katanya.
Mohd Shuhaily berkata ketenteraman awam sentiasa menjadi keutamaan PDRM, sekali gus akan membuat persediaan sewajarnya jika perhimpunan itu dibuat.
"Polis tidak mahu bertindak berlebihan dan kami akan membuat persediaan. Saya percaya mereka individu berpengalaman dalam menganjurkan perhimpunan seperti ini dan faham mengenai implikasi undang-undang," katanya.
Terdahulu, media melaporkan polis sudah menerima enam laporan berhubung penganjuran perhimpunan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kampung Baru
#PDRM
#perhimpunan
#nama penganjur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan