Pihak polis telah menolak permohonan penganjur Perhimpunan Mei 1, 2017 yang ingin mengadakan perhimpunan di ibu negara esok bersempena sambutan Hari Pekerja.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman, berkata penolakan dibuat berikutan pihak penganjur gagal mengemukakan surat kebenaran pemilik lokasi perhimpunan itu.
“Mereka tidak memenuhi syarat iaitu tidak mendapat kebenaran daripada premis di kawasan Lot 10, iaitu separuh adalah kawasan Lot 10 dan juga separuh adalah hak milik DBKL, jadi permohon sepatutnya menyertakan surat kebenaran premis untuk melaksanakan perhimpunan tersebut.
"Atas alasan tersebut pihak saya tidak mengeluarkan sebarang kelulusan,“ kata Mohd Sukri selepas menghadiri Program Derma Darah Peringkat Daerah Dang Wangi di sini hari ini sempena Hari Polis ke 210.
Beliau turut mengesahkan sudah menerima surat pemberitahuan daripada penganjur berhubung perhimpunan yang dirancang itu pada Selasa lalu.
Satu perbincangan dengan wakil mereka juga sudah diadakan.
Peserta perhimpunan dikatakan merancang untuk berkumpul di hadapan bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu(KTMB) Kuala Lumpur sebelum berarak ke dataran pusat membeli belah Lot 10, di Bukit Bintang.
Sekiranya perhimpunan itu diteruskan penganjur boleh dikenakan tindakan undang-undang yang diperuntukkan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
Astro Awani
Sun Apr 30 2017
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman, berkata penolakan dibuat berikutan pihak penganjur gagal mengemukakan surat kebenaran pemilik lokasi perhimpunan itu. - Foto Bernama
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Menteri Kabinet zahir penghargaan kepada warga pekerja
Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun bagi meraikan sumbangan warga pekerja dengan sambutan tahun ini yang bertemakan 'Pekerja Kesuma Bangsa'.
Thailand jangka semua pintu sempadan darat dengan Malaysia dibuka menjelang 1 Mei
Thailand bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk membuka semula semua pintu sempadan darat dengan Malaysia menjelang 1 Mei.
Tiada istilah 'hari berehat' buat menteri Malaysia
Setiap menteri akan bergilir-gilir membentangkannya kepada Dr Mahathir bermula 2 petang esok.
Polis tolak permohonan penganjuran Perhimpunan Mei 1, 2017
Pihak polis telah menolak permohonan penganjur Perhimpunan Mei 1, 2017 yang ingin mengadakan perhimpunan di ibu negara esok bersempena sambutan Hari Pekerja.