Skip to main content

Malaysia

Polis trafik cedera kepala, muka dirempuh penunggang motosikal elak sekatan jalan raya

81749657109_TBPOLISPDRM.jpg
Suspek lelaki warga tempatan yang menunggang motosikal bersama seorang pembonceng wanita, dipercayai bertindak demikian bagi mengelak daripada pemeriksaan polis. - Gambar hiasan

SHAH ALAM: Seorang anggota polis trafik cedera di bahagian kepala dan muka selepas dirempuh penunggang motosikal ketika menjalankan sekatan jalan raya di Persiaran Raja Muda Musa, Klang dekat sini, dua hari lepas. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, suspek lelaki warga tempatan yang menunggang motosikal bersama seorang pembonceng wanita, juga warga tempatan, dipercayai bertindak demikian bagi mengelak daripada pemeriksaan polis.

Advertisement

“Impak rempuhan menyebabkan anggota polis terbabit tercampak dan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka, manakala penunggang dan pembonceng motosikal hanya mengalami kecederaan ringan. 

“Kedua-dua suspek telah ditahan dan permohonan reman telah diperoleh hingga 29 April bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan. 

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 186 dan Seksyen 332 Kanun Keseksaan. 

-- BERNAMA 

 

Must Watch Video