KUALA LUMPUR: Polis manahan 12 individu termasuk dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dengan nilai rampasan lebih RM15.2 juta.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, mereka ditahan dalam serbuan khas yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Perisikan Siasatan Khas (PSK) di Klang pada 9 Januari lalu.
Menurutnya, dalam serbuan itu, polis turut merampas satu juta liter minyak diesel bersubsidi, 18 buah lori tangki minyak, 16 buah tangki skid yang setiap satu dianggarkan mengandungi 2,000 hingga 114,640 liter diesel, pam minyak (14 buah) dan dua buah buku stok keluar masuk minyak diesel.
"Siasatan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Hazani menjelaskan, dengan penahanan 12 suspek itu, polis berjaya menumpas satu sindiket penyeludupan bersubsidi di Klang.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu, polis memberkas 40 individu menerusi 13 serbuan dengan jumlah rampasan hampir RM40 juta untuk 10 hari pertama bulan ini.
Menurutnya, PDRM sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam memerangi penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi untuk memastikan hasil negara sentiasa dilindungi daripada ketirisan.
"Kerjasama daripada orang ramai dalam penyaluran maklumat kepada pihak berkuasa amatlah digalakkan agar kegiatan jenayah dapat dibanteras sepenuhnya," tambahnya.
Umavathi Ramayah
Thu Jan 11 2024
Hazani Ghazali berkata, mereka ditahan dalam serbuan khas yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Perisikan Siasatan Khas (PSK) di Klang pada 9 Januari lalu. - Foto PDRM
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
Polis tumpas sindiket penyeludupan diesel bernilai RM15.2 juta, 12 lelaki ditahan
Polis manahan 12 individu termasuk dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dengan nilai rampasan lebih RM15.2 juta.
KPDN Perak patahkan cubaan seleweng diesel bersubsidi, pengusaha stesen minyak disiasat
Penyelewengan itu dipatahkan hasil maklumat risikan yang mengesan terdapat aktiviti pembelian minyak diesel mencurigakan.
Stor haram simpan diesel diserbu, dua lelaki tempatan ditahan
Kejayaan operasi itu adalah hasil maklumat risikan selama dua minggu selepas mendapat maklumat awam berhubung aktiviti tersebut.
Op Tiris: Sindiket seleweng diesel bersubsidi di Taiping tumpas
Dalam operasi kira-kira 7.45 malam itu, KPDN Perak berjaya menemui premis yang disyaki dijadikan tempat pengumpulan sementara diesel.
KPDN rampas 47,540 liter diesel bersubsidi diseleweng
Serbuan menerusi Op Tiris oleh anggota penguat kuasa KPDN pada jam 8.10 malam itu merupakan hasil risikan sejak enam bulan.
APMM tahan lima lelaki, sita 28,000 liter diesel bersubsidi
Turut disita adalah sebuah bot anchor, lori tangki serta kenderaan pacuan empat roda dengan nilai keseluruhan lebih RM3.3 juta.
Simpan diesel bersubsidi tanpa lesen, kilang berdepan tindakan undang-undang
Ketika serbuan dilakukan, premis di Kawasan Perindustrian Kanthan itu sedang beroperasi menjalankan perniagaan kilang membuat bumbung.
Cuba kaut keuntungan berganda, KPDN tumpas sindiket seleweng diesel bersubsidi guna lori tanah
Kejayaan itu hasil serbuan di sebuah stor simpanan di kawasan penyelenggaraan dan pembinaan Jalan Batu 20, Trong, petang Khamis.
KPDN Negeri Sembilan rampas 16,000 liter diesel bersubsidi di Seremban
Turut disita, sebuah lori tangki, sebuah lori bonded, enam unit tong IBC dan dua unit paip penyambung - anggaran nilai rampasan RM59,400.