JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan kumpulan samun 'Geng Hitam Putih' dipercayai bergiat aktif di sekitar negeri ini berikutan penahanan empat lelaki tempatan, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata, kesemua individu berusia lingkungan 30 hingga 35 tahun itu ditahan di sekitar Iskandar Puteri kira-kira 1.30 petang, susulan aduan dibuat seorang mangsa yang disamun dan dilarikan kereta di kediamannya.
Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 2 petang Rabu itu, mangsa yang juga seorang guru wanita berusia 38 tahun bersama tiga anaknya sedang berada di dalam rumah sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal meluru masuk ke rumah sebelum mengacukan pisau kepada mangsa.
"Dua lelaki terbabit kemudiannya mengambil telefon dan melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Myvi milik mangsa yang tinggal di Taman Mutiara Rini, Skudai di sini.
"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis telah menahan empat lelaki yang disyaki terlibat dengan jenayah berkenaan dan turut merampas kereta serta dua telefon milik mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rahmat berkata, hasil siasatan mendapati kumpulan itu terbabit dengan 12 kes jenayah termasuk samun, pecah rumah dan melarikan kenderaan yang dilakukan di sekitar negeri ini dengan tujuh daripadanya di Iskandar Puteri.
"Selain itu, hasil saringan air kencing mendapati kesemua lelaki tersebut positif dadah dengan dua daripada mereka mempunyai rekod kesalahan jenayah dan dadah," katanya.
Katanya, kesemua lelaki berkenaan masih direman sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022
Hasil siasatan mendapati kumpulan itu terbabit dengan 12 kes jenayah termasuk samun, pecah rumah dan melarikan kenderaan yang dilakukan di sekitar Johor.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Pekebun durian musang king gagal dapat kebenaran semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi tolak permohoan pekebun musang king untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Inspektor polis ditahan disyaki lakukan amang seksual fizikal
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual fizikal
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
Polis tumpaskan 'Geng Hitam Putih' aktif samun, pecah rumah, larikan kenderaan
Hasil siasatan mendapati kumpulan itu terbabit dengan 12 kes jenayah termasuk samun, pecah rumah dan melarikan kenderaan.