BESUT: 'Geng Seri' yang disyaki terlibat dalam 11 kes pecah rumah di sekitar Kuala Besut di sini tumpas selepas tertangkapnya tiga ahli kumpulan berkenaan yang semuanya merupakan penagih dadah tegar.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata suspek lelaki berumur 24 hingga 28 tahun itu ditahan dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Kuala Besut pada Ahad dan Rabu.
"Polis menahan suspek utama yang berumur 28 tahun pada 14 Ogos lepas setelah menerima satu laporan kejadian pecah rumah di Kuala Besut pada hari sama.
"Susulan tertangkapnya suspek utama yang dikenali dengan panggilan Seri, polis berjaya memberkas dua lagi rakannya semalam," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut di Kampung Raja, di sini pada Khamis.
Abdul Rozak berkata siasatan awal terhadap suspek utama mendapati dia melakukan kegiatan pecah rumah, curi dan curi kenderaan secara bersendirian di 11 premis sejak Januari lepas.
Beliau berkata modus operandi Seri ialah memecah masuk rumah mangsa dengan cara mengumpil tingkap dengan pemutar skru kira-kira pukul 1 pagi, sama ada ketika mangsa berada di dalam rumah atau sebaliknya.
"Hasil curi kemudian diserahkan kepada tiga rakannya termasuk seorang lagi yang masih bebas untuk dijual," katanya.
Abdul Rozak berkata polis turut berjaya merampas pelbagai jenis barangan dipercayai yang dicuri suspek seperti komputer riba, telefon bimbit, seketul logam dipercayai emas dan sebuah motosikal.
Beliau berkata ketiga-tiga suspek mempunyai rekod lampau kesalahan dadah dan jenayah serta ujian awal saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.
Mereka kini direman dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457, Seksyen 379 A dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan manakala bagi kesalahan berkaitan dadah pula disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1957, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022
Abdul Rozak (dua, kanan) menunjukkan kepada media antara barang curi yang berjaya dirampas dari suspek, termasuk komputer riba, telefon bimbit, seketul logam dipercayai emas dan sebuah motosikal. - Foto Astro AWANI
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Polis tumpaskan 'Geng Seri'
Suspek lelaki berumur 24 hingga 28 tahun itu ditahan dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Kuala Besut pada Ahad dan Rabu.