KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket menyalahgunakan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sejak 2013 dengan berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) susulan penahanan dalang utamanya, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata lelaki berusia 53 tahun itu ditahan bersama empat lagi lelaki lain berusia 32 hingga 57 tahun dalam serbuan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang pada 23 hingga 25 Okt lepas.
"Hasil serbuan, polis merampas beberapa barangan yang dikaitkan dengan kes penipuan iaitu 19 kemeja-T, 15 topi, 143 pelekat kenderaan, 20 lambang kenderaan, tiga kad kuasa Biro Komuniti Cegah Jenayah, lima kad ahli kehormat, empat acuan cetakan dan lain-lain," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata dua daripada mereka termasuk dalang direman tiga hari bermula Isnin lepas hingga semalam dan telah dibebaskan bersama tiga yang lain dengan jaminan polis sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan.
"Siasatan awal mendapati mangsa telah dipelawa menyertai NGO tersebut oleh kedua-dua suspek untuk menjadi ahli kehormat Biro Komuniti Cegah Jenayah Malaysia dengan tawaran faedah menarik termasuk bayaran RM2,200 sebagai yuran keahlian.
"Mangsa terpedaya apabila tertarik dengan keistimewaan seandainya menyertai pertubuhan itu, mereka akan berjaya melepasi segala sekatan jalan raya oleh polis kerana di dalam kad keahlian itu terdapat tiga logo masing-masing PDRM, KDN dan AADK," katanya.
Beh berkata semakan rekod jenayah mendapati dalang berkenaan mempunyai satu rekod jenayah lampau iaitu menyamar sebagai penjawat awam.
"Sehingga kini terdapat lebih 500 ahli yang telah terpedaya menyertai pertubuhan tersebut dan empat mangsa telah tampil membuat laporan," katanya.
Menurut Beh, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana memperdayakan mangsa sehingga mengakibatkan kerugian, Seksyen 89(b) Akta Polis 1967 kerana menjual dan membekal tanda atau lencana anggota pasukan polis dan Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan 1966 kerana memiliki lambang atau lencana tanpa kelulusan pendaftar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 27 2022
Lelaki berusia 53 tahun itu ditahan bersama empat lagi lelaki berusia 32 hingga 57 tahun dalam serbuan di sekitar Lembah Klang. - Gambar hiasan
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran
Sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Polis tumpas sindiket edar, proses dadah libat rampasan lebih RM2 juta
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah dengan penahanan tiga individu serta merampas pelbagai dadah bernilai lebih RM2 juta di sekitar Johor Bahru dan Seri Alam.
Jenayah penipuan pekerjaan antara agenda utama Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Jenayah penipuan pekerjaan akan menjadi salah satu daripada 10 agenda utama yang akan diberi penekanan ketika Sidang Kemuncak ASEAN 2025.
61 individu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan urus rumah judi
Seramai 61 individu dituduh membantu menguruskan sebuah premis di pusat beli-belah di Subang Jaya sebagai rumah judi terbuka.
80 individu ditahan kerana jadi 'keldai akaun' sindiket penipuan
Seramai 80 individu ditahan di Sibu sejak Januari lalu kerana disyaki menjadi 'keldai akaun' dengan menyerahkan maklumat bank kepada sindiket untuk tujuan penipuan.
Polis tahan enam lelaki warga China disyaki terlibat pelaburan tidak wujud
Polis menahan enam lelaki warga China selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan pelaburan secara dalam talian tidak wujud, menerusi serbuan di sekitar Seremban 2 di sini, dua hari lepas.
Semak latar belakang sebelum beri sedekah - Nancy
Orang awam dinasihat agar menyemak latar belakang penerima sebelum menghulurkan bantuan atau sedekah terutama sepanjang bulan Ramadan.
Op Tiris: KPDN sita 6,000 liter minyak diesel bersubsidi
Sebanyak 6,000 liter cecair yang disyaki minyak diesel yang ditemui di dalam tangki IBC dan skidtank telah disita.