awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tunggu laporan perubatan budak disyaki mangsa dera

Sinar Harian
Sinar Harian
17/01/2023
00:00 MYT
Polis tunggu laporan perubatan budak disyaki mangsa dera
Pihak polis telah memanggil seorang individu warga Myanmar untuk membantu berkomunikasi dengan kanak-kanak tersebut. - Gambar hiasan
GOMBAK: Polis masih menunggu laporan perubatan membabitkan kes seorang kanak-kanak lelaki yang ditemui dengan kesan kecederaan di badan, tangan, jari dan dahi di tepi jalan di Cheras Utama pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kanak-kanak dianggarkan berusia tiga hingga empat tahun itu kini dalam keadaan baik.
BACA: Kanak-kanak 4 tahun mangsa dera ditemui bersendirian tepi jalan
"Kita masih menunggu laporan perubatan dari Hospital Kajang, kes itu juga sudah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Langat.
"Kita juga sedang mengesan keluarga kanak-kanak tersebut," katanya ketika ditemui pada pelancaran Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Gombak pada Isnin.
Mohd Zaid berkata, pihaknya telah memanggil seorang individu warga Myanmar untuk membantu berkomunikasi dengan kanak-kanak tersebut.
"Kanak-kanak itu tidak boleh memahami percakapan individu tersebut," katanya.
Pada Sabtu lalu, media melaporkan kanak-kanak tersebut ditemui oleh seorang lelaki berusia 36 tahun pada jam 11.30 malam Jumaat.
Mohd Zaid berkata, polis tidak menjumpai sebarang butiran atau dokumen pengenalan diri kanak-kanak itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Mohd Zaiyaudi Mohd Yaakub di talian 019-5355395 bagi membantu siasatan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kanak-kanak disyaki didera
#cheras utama
#Mohd Zaid Hassan
#Hospital Kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan