awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis yakin dapat tahan majikan suspek utama kes pembunuhan Najadi - Bakri

Bernama
Bernama
06/10/2013
23:32 MYT
Polis yakin dapat tahan majikan suspek utama kes pembunuhan Najadi - Bakri
Polis yakin dapat menahan majikan suspek utama kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia (AmBank) Hussain Ahmad Najadi dengan kerjasama pihak Interpol.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pihaknya telah memberi tempoh tertentu kepada kerajaan Australia untuk membantu menahan suspek itu.
"Setakat ini kami belum menerima sebarang maklumat daripada negara itu tetapi kami berharap dengan bantuan Interpol, penjenayah itu akan dibawa ke negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Penutup Kejohanan Olahraga dan Tarik Tali Piala Ketua Polis Negara 2013 di sini, pada Ahad.
Selasa lepas, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki tempatan berumur 53 tahun terbabit dipercayai melarikan diri ke Australia selepas pembunuhan itu.
Pada 22 Sept lepas, suspek utama kes itu ditahan bersama-sama dua rakannya dalam serbuan 12.30 tengah malam di sebuah rumah di Taiping, Perak, dan pada Khamis lepas dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh.
Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong Kuan Yin Temple di Lorong Ceylon di sini pada 29 Julai lepas.
Topic Berkaitan
#ambank
#Hussain Ahmad Najadi
#Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur
#Ku Chin Wah
#Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia
#Mohd Bakri Zinin
#Timbalan Ketua Polis Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan