"Politik baharu tidak semestinya diteraju lapisan muda, yang penting amanah dan tanggungjawab," kata Anggota Dewan Undangan Negeri Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya.
Katanya ledakan teknologi maklumat ketika ini membawa pembaharuan dalam landskap politik dunia, namun meskipun teknologi itu rata-rata dikuasai oleh golongan muda, tidak bermakna mereka boleh terus saja menerajui agenda politik tanpa bimbingan pemimpin lama yang lebih berpengalaman.
"Apa yang lebih penting adalah kebertanggungjawaban kalangan mereka yang diamanah menjadi pemimpin atau wakil rakyat, kerana faktor usia sebenarnya bukanlah isu," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediamannya di sini baru-baru ini, semasa diminta mengupas isu-isu yang berkaitan.
Kata Juanda, dalam usianya menginjak 45 tahun, beliau tidak menganggap sedang berada dalam kelompok 'lapisan muda', sebaliknya merupakan kelompok usia yang boleh menjadi jambatan terbaik untuk membina interaksi antara pemimpin lama dengan generasi pemimpin baharu.
Beliau juga berpendapat sifat agresif tidak boleh dikaitkan dengan usia, malah terdapat juga wakil rakyat daripada barisan muda yang langsung tiada aktiviti, tidak mengemas kini laman sosial Facebook, dan selepas menang pilihan raya, terus hilang dan jarang-jarang sekali turun kawasan.
"Namun soal usia adalah sesuatu yang relatif, ia begitu subjektif. Kita tidak nafikan ada pemimpin yang dah berumur tapi semangat hebat bagai orang muda. Contoh Ketua Menteri kita (Tan Sri Adenan Satem), semangatnya cukup kuat, dia cukup inovatif melihat sesuatu isu, mungkin sebab sudah pengalaman luas
dalam politik.
"Kami orang baharu (wakil rakyat) ni adakalanya takut juga lihat dia amat berani bawa isu, adakalanya menongkah arus. Biasanya orang politik cuba elak mengkritik antara satu sama lain. Tapi Tok Nan (Adenan) ni berani, dia faham aspirasi anak muda, mahukan perubahan, lebih berterus terang, dia nak tengok hasil, cakap panjang lebar tak nak," katanya.
Bekas Mufti Perlis yang bergelar wakil rakyat di kawasan pedalaman Sarawak itu sejak lima bulan lepas dilihat amat aktif, malah cukup agresif menyuarakan aspirasi dan kehendak penduduk kawasan itu menerusi apa jua saluran yang tercapainya sama ada menerusi Facebook, turun padang, mahupun majlis ceramah yang disertainya, lazimnya berkisar tentang keagamaan.
Kelantangan beliau terutama semasa mengetengahkan soal berkaitan jambatan RM300 juta buat penduduk Igan, kira-kira 450km dari sini baru-baru ini, pastinya turut mengundang beberapa isu susulan.
"Ada juga sesetengah wakil rakyat persoal kenapa penduduk kawasan saya tidak boleh bersabar, sedangkan penduduk kawasannya sudah lebih lama menunggu projek-projek pembangunan untuk sampai, tapi mereka tetap bersabar.
".... itu hal dialah, saya nak katakan rakyat di kawasan saya dah tak sabar, saya sebagai wakil rakyat juga dah tak sabar. Sebab tiap minggu saya tengok sendiri, tunggu feri berjam-jam untuk ke seberang.... tanpa jambatan tahap pembangunan tidak akan ke mana, tahapnya akan jadi begitu saja selamanya,"
katanya.
Juanda berkata dalam menimba pengalaman bertugas sekitar enam tahun di Semenanjung, beliau melihat orang 'seberang sana' cukup kuat bekerja, cukup telus dan suka berterus terang, dan sikap inilah yang perlu dibawa ke Sarawak.
"Orang berterus terang bukan bermakna nak bergaduh. Orang berterus terang untuk cari idea macam mana nak beri servis terbaik untuk rakyat. Pastinya bila berusaha bersungguh-sungguh, kita dapat hasil lebih positif," katanya.
Ditanya pandangannya tentang isu utama yang dilihatnya cukup penting kepada Sarawak, Juanda berkata ia pastinya berkisar kepada soal pembangunan yang turut merujuk kepada kemudahan keperluan asas dan pendidikan.
Katanya soal pendidikan turut merangkumi prasarana sekolah, kelengkapan, latihan kemahiran, malah guru yang dihantar ke Sarawak, yang menurutnya perlulah berpengalaman dan berkualiti.
"Setakat ini Barisan Nasional (BN) menang di Sarawak, mungkin orang muda suka BN, pada saya itu terlalu subjektif, pendedahan teknologi maklumat sekarang menjadikan kita tidak boleh berlindung di sebalik lambang sahaja. Rakyat mahu lihat kepada calonnya, batang tubuhnya, kena ingat perubahan politik baharu berlaku di seluruh dunia," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 11 2016
JUANDA: Apa yang lebih penting adalah kebertanggungjawaban kalangan mereka yang diamanah menjadi pemimpin atau wakil rakyat.
PM serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
SPARK CDC lakar sejarah dengan sistem AI Pediatrik pertama di Malaysia
Spark Child Development Centre (SPARK CDC) menerusi klinik pakar kanak-kanak miliknya Signature Child Specialist Clinic, mencipta sejarah baharu dalam bidang pediatrik.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Tradisi ilmu, pencerahan pemikiran perlu terus diperkasa - PM
Tradisi ilmu dan pencerahan pemikiran perlu terus diperkasa terutama dalam kalangan generasi muda untuk memastikan Malaysia mampu mencapai aspirasi ke arah menjadi sebuah negara MADANI.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Program Kepimpinan Muda TH siri kedua perkasa sahsiah kepimpinan pelajar
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan usaha melestarikan pemerkasaan dan pembangunan sahsiah kepimpinan pelajar melalui Program Kepimpinan Muda TH siri kedua melibatkan 90 orang pelajar.
Konsep santai dan moden tarikan Perpustakaan Negeri Sembilan
Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang berkonsepkan moden, santai dan interaktif menarik lebih ramai pengunjung sekali gus membawa manfaat serta memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda.
FPM@KL 2024 hidupkan semula warisan permainan tradisional
FPM@KL 2024 suatu pengalaman baharu kepada kanak-kanak dan generasi muda, yang kini lebih sinonim dengan gajet dan permainan virtual.
Raja Zarith Sofiah gesa sektor swasta tingkat usaha bantu golongan muda
Raja Zarith Sofiah bertitah agar syarikat korporat dan perniagaan memainkan peranan aktif dalam menyediakan generasi muda ke arah masa depan yang lebih baik.
PRK Nenggiri: Generasi muda tagih peluang pekerjaan
Tanpa kehadiran tapak perindustrian, rata-rata penduduk di sini hanya bergantung harap kepada pekerjaan tradisional.
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.