ALOR SETAR: Bekas Imam Besar Masjid Negara yang juga Tokoh Maal Hijrah Kedah 2024, Datuk Taib Azamudden Md Taib berkata generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Beliau berkata pengukuhan akhlak dan jati diri akan menjadikan seseorang itu bersifat baik dan penyabar dalam menghadapi pelbagai cabaran, sekali gus tidak melakukan perbuatan yang dilarang dalam Islam.
"Walaupun apa sahaja kesulitan dan cabaran yang dihadapi, janganlah kita lupa jati diri, terapkan jati diri seperti yang diaturkan Nabi Muhammad SAW.
"Janganlah kita hilang jati diri, hilang akhlak, hilang iman dan tatasusila sebagai seorang Muslim yang akan merugikan diri," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah 1446 peringkat negeri di sini hari ini.
Pada majlis itu, Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Taib Azamudden, 74, yang menerima wang tunai RM15,000 dan sijil penghargaan.
Taib Azamudden yang juga bekas Ahli Parlimen Baling turut mengingatkan umat Islam supaya mengambil tahu hal berkaitan politik dan tidak meninggalkan politik kerana ia sebahagian daripada tuntutan agama.
Beliau berkata dalam berpolitik, setiap undi untuk memilih wakil kepimpinan haruslah tidak merosakkan Islam dan menjadi tanggungjawab setiap Muslim memahami perkara itu.
Taib Azamudden yang memiliki enam anak memulakan tugas sebagai Penolong Pengarah Institut Dakwah, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri pada 1977 hingga 1980 selepas menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir pada 1977.
Beliau kemudian berkhidmat sebagai Pengarah Pentadbiran Qariah, Unit Kariah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 1981 hingga 1982 sebelum dilantik sebagai Imam 1, Masjid Negara pada 1985 hingga 1992 dan kemudian sebagai Imam Besar Masjid Negara pada 1992 hingga 1999.
Selepas bersara daripada perkhidmatan awam, beliau beralih ke kancah politik dan dipilih sebagai Ahli Parlimen Baling selama dua penggal dari 1999 hingga 2004 dan 2008 hingga 2013.
Pada masa ini beliau merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Maahad Tarbiah Haraki An-Nur, Kuala Ketil, Baling.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024
Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah (tiga, kiri) menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Taib Azamudden Md Taib (lima, kiri). - Foto Bernama
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.