awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pondok internet disediakan untuk pelajar SMK Bawang Assan ulang kaji pelajaran

Astro Awani
Astro Awani
16/04/2020
11:55 MYT
Pondok internet disediakan untuk pelajar SMK Bawang Assan ulang kaji pelajaran
MEskipun terhad, namun kemudahan ini banyak membantu mereka menyiapkan tugasan sekolah. -Gambar Astro AWANI
Tidak dinafikan ramai yang terkesan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Tidak terkecuali, para pelajar dan guru di luar bandar Sarawak.
Namun di sebalik cabaran dihadapi, ia tidak mematahkan semangat mereka untuk berjuang demi pendidikan.
Begitu juga dengan situasi yang perlu dihadapi oleh pelajar di sekitar kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawang Assan, Sibu ini.
Meskipun fasiliti yang disediakan pada masa ini tidak secanggih mana, tetapi ia banyak membantu mereka untuk menuntut ilmu dalam masa sukar ini.
Prihatin dengan keadaan pelajar, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) SMK Bawang Assan bersama berganding bahu menyediakan tiga pondok internet bagi memudahkan mereka mengulang kaji pelajaran ketika tempoh ini.
Pondok internet yang disediakan pihak SMK Bawang Assan, Sibu. -Gambar Astro AWANI
Pondok internet yang disediakan pihak SMK Bawang Assan, Sibu. -Gambar Astro AWANI
Menurut Yang Dipertua PIBG SMK Bawang Assan Marcathy Gindau, fasiliti tersebut disediakan di luar rumah panjang Jimbun James Semilan.
“Tujuan pondok ditubuhkan adalah untuk memberi kemudahan kepada para pelajar mendapat rangkaian internet bagi memperolehi maklumat-maklumat yang diberikan guru untuk mata pelajaran,” katanya.
Ujarnya lagi, mereka turut mempraktikkan penjarakan sosial bagi mematuhi garis panduan pihak berkuasa.
Bagi pelajar, Christina Pelimon pula, pondok internet yang disediakan pihak sekolahnya serba sedikit membantu dan memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.
“Terima kasih kepada pihak PIBG kerana telah menyediakan kemudahan pondok rangkaian internet kepada pelajar jadi kemudahan tersebut dapat memudahkan pelajar untuk menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan,” kongsinya bersama Astro AWANI.
Untuk mengelakkan pelajar menunggu lama menggunakan fasiliti tersebut, mereka akan diberikan nombor giliran.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada sidang medianya di Kuching hari ini turut memaklumkan pusat internet di kawasan Zon Hijau dibenarkan beroperasi selepas mendapat saranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“SKMM telah mencadangkan pembukaan pusat internet di kawasan hijau dan jawatankuasa telah bersetuju selagi mereka tidak perlu menggunakan tenaga di luar kawasan seperti dari zon merah,” katanya.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#COVID19
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
#PIBG
#PKP
#Sibu
#SMK Bawang Assan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan