awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemenangan BN di Kinabatangan, Lamag cerminkan keyakinan rakyat - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM mahu seni bela diri silat terus diperkasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pondok kecil 'mahligai' dua beranak berteduh

Sinar Harian
Sinar Harian
01/01/2022
03:05 MYT
Pondok kecil 'mahligai' dua beranak berteduh
Mohamad Zahim berharap ada pihak sudi membantunya membina rumah yang lebih selesa. -Foto Sinar Harian
NILAI: Dua beranak hanya mampu berteduh di sebuah pondok kecil di Kampung Bukit Kadir di sini sejak tiga bulan lalu selepas tidak mampu membayar sewa rumah.
Berbekalkan wang pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) i-Citra sebanyak RM1,000, Mohamad Zahim Zamzuri, 29, membina sebuah pondok kecil di tanah milik ibunya untuk tinggal bersama anak Muhammad Zuhairie, 7.
Menurutnya, sebelum itu dia tinggal menyewa di Mantin di sini tetapi berdepan kesukaran untuk membayar sewa selepas majikannya tidak membayar gaji menyebabkan dia mengambil keputusan berhenti kerja.
"Kalau saya ada gaji, tiada masalah nak bayar sewa.
"Apabila kerajaan benarkan pengeluaran i-Citra, saya gunakan duit itu untuk bina pondok kecil buat saya dan anak berteduh," katanya kepada Sinar Harian selepas menerima kunjungan Pengerusi Persatuan Anak Jati Nilai, Mohd Shahril Hakimi Hamdan pada Jumaat.
Bagaimanapun katanya, dengan bajet kecil, dia hanya mampu membina pondok tanpa bilik, dapur dan tandas.
Oleh itu, dia sangat berharap agar ada mana-mana pihak dapat membantunya membina rumah yang lebih selesa.
"Saya kasihan pada anak sebab dia selalu tanya bila kami nak dapat rumah baru. Pondok kami tinggal ini pun banyak bocor.
"Nak harapkan gaji saya RM50 sehari yang bekerja mengambil upah mengangkat tong gas manalah cukup untuk membina rumah," katanya.
Mohamad Zahim berkata, dia juga mempunyai seorang lagi anak berusia tiga tahun yang dijaga isteri yang kini tinggal di rumah mertua di Pahang.
Katanya, setiap bulan dia akan menghantar duit untuk membeli lampin pakai buang dan susu.
Selain itu, dia juga berharap ada pihak yang sudi menawarkan pekerjaan yang lebih baik buatnya menyara diri dan anak.
Katanya, dia juga tidak pernah meminta bantuan daripada mana-mana agensi kerana tidak tahu prosedur.
"Saya kerja dari jam 8 pagi dan balik pun tak menentu, kadang-kadang sampai malam. Jadi memang tiada masa.
"Soal pertukaran sekolah anak pun saya tak sempat lagi uruskan," katanya
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tinggal di rumah
#Kampung Bukit Kadir
#Mohamad Zahim Zamzuri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan