awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pondok Pak Teh terbakar: KADIR hulur bantuan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
03/07/2017
08:53 MYT
Pondok Pak Teh terbakar: KADIR hulur bantuan
Pondok Pak Teh yang dibina sejak tahun 1967 mempunyai 182 pondok pengajian yang dibuat daripada papan. - Foto Astro AWANI
Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR) akan cuba membantu Pondok Al-Latifiah yang lebih dikenali dengan Pondok Pak Teh di Pengkalan Hulu yang terbakar lewat malam Ahad.
Pengerusi KADIR, Datuk Azhar Ahmad berkata, beliau akan berbincang dengan Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk melihat apa yang boleh dibantu, selain daripada bantuan yang mungkin dihulur kerajaan negeri.
“Kita sangat simpati dengan ujian Allah pada Syawal ini yang berlaku di Pondok Pak Teh,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Dalam kejadian pada Ahad kira-kira jam 11.20 malam, sebanyak 18 unit penginapan pusat pengajian agama yang dikenali sebagai Pondok Pak Teh di Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu, hangus dijilat api.
BACA: Pusat pengajian agama Pondok Pak Teh musnah terbakar
Pondok Pak Teh yang dibina sejak tahun 1967 mempunyai 182 pondok pengajian yang dibuat daripada papan.
Sementara itu, menurut maklumat daripada kumpulan Whatsapp Sahabat KADIR, terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menyebarkan maklumat yang tidak betul.
Maklumat palsu itu menyatakan sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 563019256220 atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN dan memohon maklumkan jumlah sumbangan melalui SMS atau WhatsApp kepada nombor 0195452471.
Kumpulan itu menjelaskan kepada orang ramai bahawa maklumat yang tepat ialah, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Maybank 158079284482 atas nama Jawatankuasa Pondok Al Latifiah.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat yang sahih dari Khusyairi Abd Latif yang boleh dihubungi di talian 013-5151334.
Topic Berkaitan
#Allah
#API
#Islam
#kerajaan
#Maybank
#menteri
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan