awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Portal rasmi Halal Malaysia telah beroperasi semula pada Rabu lepas - JAKIM

Bernama
Bernama
15/12/2023
15:51 MYT
Portal rasmi Halal Malaysia telah beroperasi semula pada Rabu lepas - JAKIM
Hakimah memaklumkan proses penyiapan infrastruktur baharu iaitu pelayan, sistem operasi dan aplikasi yang akan dinaik taraf ke versi terkini dijangka siap sebelum Januari 2024. - Gambar IG halalmalaysiaofficial
KUALA LUMPUR: Portal Rasmi Halal Malaysia mula beroperasi kembali pada Rabu setelah tindakan pembaikan selesai dilakukan susulan pencerobohan yang dikesan pada 9 Dis lepas.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datin Paduka Hakimah Mohd Yusoff berkata beliau telah mengarahkan pasukan teknikal teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) jabatan itu menjalankan siasatan dan menyediakan laporan menyeluruh berhubung perkara tersebut.
"... ini termasuk mencadangkan langkah-langkah proaktif ke arah meningkatkan ciri keselamatan portal supaya isu sama tidak berulang pada masa hadapan. Insiden pencerobohan yang berlaku ini tidak menyebabkan sebarang data tertiris.
"Saya telah mengarahkan pasukan teknikal ICT Jakim mengambil langkah proaktif untuk mengemas kini lohong gelung yang mungkin boleh menjadi ruang untuk penggodam menceroboh kembali ke dalam Portal Rasmi Halal Malaysia," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga memaklumkan proses penyiapan infrastruktur baharu iaitu pelayan, sistem operasi dan aplikasi yang akan dinaik taraf ke versi terkini dijangka siap sebelum Januari 2024.
Kenyataan itu turut memaklumkan jabatan berkenaan menyedari kerisauan pengguna mengenai ciri-ciri keselamatan sedia ada di Portal Halal Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#halal malaysia
#ICT
#langkah proaktif
#sistem operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan