awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pos Malaysia buka Pos Shop ke-50 di Pulau Pinang

Bernama
Bernama
17/01/2025
21:15 MYT
Pos Malaysia buka Pos Shop ke-50 di Pulau Pinang
Chow Kon Yeow (tengah) merasmikan pembukaan kedai Pos Shop ke-50, di Jalan Dato Keramat, George Town, pada Jumaat.
GEORGE TOWN: Pos Malaysia Berhad pada Jumaat membuka kedai Pos Shop ke-50, terletak di Jalan Dato Keramat di sini yang menawarkan kemudahan runcit yang komprehensif melangkaui perkhidmatan tradisinya pos dan penghantaran bungkusan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer berkata, Pos Shop terbaharu itu menandakan pencapaian penting dalam perjalanan transformasi Pos Malaysia untuk ia terus berinovasi dan menyesuaikan diri dengan kehendak pengguna kini yang kian berubah.
"Ia juga menandakan kejayaan terhadap matlamat syarikat untuk membuka 50 Pos Shop di seluruh negara dan secara keseluruhan ia telah memberi perkhidmatan kepada lebih 640,000 pelanggan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran yang dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Brewer berkata, kedai di Dato Keramat itu adalah yang kelima di negeri ini selepas Perai, Kepala Batas, Batu Maung dan Gelugor, sekali gus membuktikan komitmen syarikat penyedia perkhidmatan pos dan penghantaran negara itu dalam mendekatkan lagi perkhidmatanya kepada rakyat.
Beliau berkata, dengan keluasan lebih 74 meter persegi, Pos Shop Dato Keramat itu menggabungkan operasi penuh pejabat pos dengan ruang runcit yang selesa dan mesra pelanggan, selain turut menawarkan perkhidmatan seperti penghantaran bungkusan, pembayaran bil, tambah nilai telefon mudah alih dan e-dompet, serta pelbagai keperluan harian lain.
"Sempena Tahun Baharu Cina akan datang, Pos Shop memperkenalkan menu baharu perayaan antaranya minuman Tangerine Sunshine dan makanan lazat lain sebagai sebahagian kempen 'Promo Paling Ong'. Promosi itu boleh didapati di semua 50 Pos Shop bermula sekarang hingga 28 Feb," katanya.
Kedai Pos Shop pertama dibuka di Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur pada Mei 2023 dan sejak itu ia telah berkembang pesat di seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pos malaysia
#Pos Shop Dato Keramat
#Charles Brewer
#Ketua Menteri Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan