awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pos Malaysia sumbang RM793,000 bagi Tabung Amanah KKM menerusi inisiatif UMP

Bernama
Bernama
08/03/2024
20:00 MYT
Pos Malaysia sumbang RM793,000 bagi Tabung Amanah KKM menerusi inisiatif UMP
Dr Dzulkefly pada Jumaat telah menerima cek sumbangan bernilai RM89,137.64 daripada PMB di ibu pejabat KKM di Putrajaya. - Foto Facebook/KKM
PUTRAJAYA: Pos Malaysia Bhd (PMB) telah menyumbang sebanyak RM793,000 kepada Tabung Amanah Kementerian Kesihatan (KKM) hingga Disember lepas menerusi inisiatif perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) yang diperkenalkan sejak 2011.
UMP merupakan perkhidmatan bagi membantu pesakit menerima bekalan ubat susulan di lokasi pilihan masing-masing tanpa perlu ke fasiliti kesihatan KKM.
KKM menerusi kenyataan pada Jumaat memaklumkan daripada jumlah itu RM706,000 telah dibelanjakan untuk rawatan pesakit kanser melalui pembelian peralatan perubatan.
"Bagi tempoh Julai hingga Disember 2023 sebanyak 348,501 bungkusan telah dihantar melalui perkhidmatan UMP, sehubungan itu sebanyak RM89,137. 64 akan disalurkan kepada Tabung Amanah KKM," menurut kenyataan itu
Dimaklumkan bermula Julai lepas sebanyak RM0.28 dan RM0.59 bagi setiap bungkusan UMP yang dihantar oleh pihak PMB mengikut kawasan akan disumbangkan ke tabung amanah berkenaan.
Kenyataan itu turut memaklumkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada Jumaat telah menerima cek sumbangan bernilai RM89,137.64 daripada PMB di ibu pejabat KKM di Putrajaya.
Cek sumbangan diserahkan Ketua Pegawai Insan Kumpulan Pos Malaysia Raja Ahmad Hidzir Raja Muhamad disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Datuk Seri Norazman Ayob dan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Norhaliza A. Halim.
"KKM merakamkan penghargaan atas sumbangan pihak PMB ini dan berharap kolaborasi strategik antara sektor awam dan swasta akan berterusan pada masa hadapan demi kesejahteraan rakyat," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan ubat
#peralatan perubatan
#pos malaysia
#lokasi pilihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan