awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Norway perkenal ujian darah untuk kesan perubahan otak berkaitan Alzheimer
Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Post-mortem Majlis Presiden PH minggu depan

Bernama
Bernama
17/11/2019
07:13 MYT
Post-mortem Majlis Presiden PH minggu depan
Menurut Salahuddin, Majlis Presiden Pakatan Harapan akan membuat post mortem minggu hadapan bagi membincangkan isu kekalahan parti berkenaan di PRK Tanjung Piai. - Gambar fail
Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai termasuk mengenai ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden yang dijadualkan minggu hadapan, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, mesyuarat berkenaan akan melakukan 'post-mortem' mengenainya dan seterusnya merangka tindakan susulan.
"Saya rasa ada satu, dua faktor besar yang PH perlu buat analisa terhadap keputusan Tanjung Piai... jadi saya sendiri sangat terbuka terima kekalahan ini dan satu, dua faktor itu seharusnya kita bincang dalam Majlis Presiden supaya ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan hari ini dapat kita rungkai.
"Apa pun saya menganggap fenomena ini hanya bersifat sementara sebab biasanya dalam mana-mana PRK,ada kumpulan yang melaksanakan hak dalam bentuk protes. Saya melihat perkara itu penting supaya apa-apa yang kita fikirkan perlu untuk struktur semula, akan kita lakukan dibawah kesepakatan kita dalam PH," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan kali ke-4 di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Amanah Negeri Sembilan yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Zulkefly Mohamad Omar dan Timbalan Amanah negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Mohamad, Taufek Abd Ghani. BACA: "Bukan salah Dr M seorang" - Khalid Samad ulas kekalahan PH di PRK Tanjung Piai
Salahuddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, selain itu, kekalahan PH juga berkemungkinan disebabkan penjelasan isu serta cerita mengenai kejayaan dasar yang dilaksanakan kerajaan tidak sampai ke peringkat akar umbi.
"Banyak kisah kejayaan yang tak sampai misalnya kita berjaya wujudkan kerajaan yang berintegriti, kita dah tak dengar kes-kes rasuah, semua dapat kita lakukan secara telus.
"Mungkin kekuatan media sosial PH yang saya rasa perlu ditingkatkan kerana kebanyakan orang kampung hari ini ada telefon pintar di tangan.Ini trend pemodenan teknologi yang saya rasa PH tidak dapat untuk sampaikan apa jua komunikasi kepada peringkat paling bawah (di Tanjung Piai)," katanya.
Semalam, Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi Parlimen Tanjung Piai selepas calonnya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenangi persaingan enam penjuru pada PRK kawasan itu dengan majoriti 15,086 undi.
Wee memperoleh 25,466 undi manakala calon PH Karmaine Sardini memperoleh 10,380 undi, calon Gerakan Wendy Subramaniam (1,707 undi), calon Berjasa Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz (850) serta calon Bebas Dr Ang Chuan Lock (380) dan Faridah Aryani Abd Ghaffar (32).
PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, daripada PH pada 21 September lepas akibat komplikasi jantung.
Terdahulu, Salahuddin ketika merasmikan konvensyen itu berkata, apa yang berlaku dalam PRK berkenaan merupakan isyarat penting daripada rakyat untuk PH menelitinya dan masih terdapat ruang untuk memperbaikinya.
Beliau turut mengingatkan anggota supaya mengambil iktibar, memperkukuh integriti dan bekerja kuat mendampingi rakyat. - BERNAMA BACA: 'Bersedialah jadi kerajaan tempang, tumbang'
Topic Berkaitan
#Majlis Presiden
#Pakatan Harapan
#PH
#Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai
#PRK Tanjung Piai
#Salahuddin Ayub
#Tanjung Piai Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan