awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Malaysia usaha kurangkan inflasi perubatan melalui inisiatif pembiayaan kesihatan RESET BNM
MALAYSIA
Langkah guna bahan, barangan tempatan di acara rasmi rangsang ekonomi PKS
DUNIA
China perbaharui amaran tahap kuning untuk hujan ribut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Potong barisan untuk divaksinasi? Denda sehingga RM50,000 menanti!

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
03/03/2021
05:58 MYT
Potong barisan untuk divaksinasi? Denda sehingga RM50,000 menanti!
Datuk Seri Dr Adham Baba berkata tindakan boleh diambil dengan arahan Ketua Pengarah Kesihatan di bawah Seksyen 21A - Arahan Ketua Pengarah. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Individu yang didapati memotong barisan untuk menjadi penerima awal suntikan vaksin COVID-19 boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ia termaktub dalam Seksyen 31 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, yang berkuat kuasa mulai 11 Mac ini.
Selain itu, tindakan boleh diambil dengan arahan Ketua Pengarah Kesihatan di bawah Seksyen 21A - Arahan Ketua Pengarah.
“Peruntukan baharu ini adalah sebagai punca kuasa untuk mengenakan penalti di bawah Akta 342 bagi mana-mana kesalahan yang tidak dinyatakan di dalamnya.
“Peraturan di bawah subseksyen ini kita boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan untuk menjadi suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti denda,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Bagaimanapun, Dr Adham berkata setakat ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menerima sebarang laporan berhubung tindakan memotong barisan. BACA SEMUA BERHUBUNG VAKSIN COVID-19 DI SINI
Katanya, perkara itu hanya mendasarkan khabar angin atau dakwaan sahaja.
Vaksin COVID-19 | 53,287 terima suntikan pertama vaksin
Sebelum ini, tular mesej di media sosial mendakwa terdapat 200 Ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan cuba "memotong barisan" untuk menjadi penerima terawal suntikan vaksin COVID-19.
Bagaimanapun, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memberi jaminan isu berkenaan tidak akan timbul setelah kerajaan mewujudkan Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas Hadapan.
Topic Berkaitan
#vaksin
#vaksinasi
#potong barisan
#potong giliran
#denda
#penjara
#Adham Baba
#KKM
#Ketua Pengarah Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami