awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPM berasaskan teknologi bantu tingkatkan pengeluaran makanan negara - Foong Hin

Astro Awani
Astro Awani
20/05/2023
14:10 MYT
PPM berasaskan teknologi bantu tingkatkan pengeluaran makanan negara - Foong Hin
Menurutnya, PPM di Kluang Johor juga mampu menjadi contoh pertanian campuran berskala besar sekali gus model projek pertanian bersepadu.
JOHOR BAHRU: Penglibatan para pengusaha dalam Projek Pertanian Moden (PPM) yang berasaskan teknologi terkini dijangka dapat membantu meningkatkan pengeluaran makanan negara.
Melibatkan peruntukan kewangan di bawah pengawasan terus Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), timbalan menterinya, Chan Foong Hin berkata, projek itu menempatkan aktiviti pertanian campuran iaitu tanaman, ternakan dan perikanan secara komersial dengan sasaran penerapan teknologi moden.
Menurutnya, PPM di Kluang Johor juga mampu menjadi contoh pertanian campuran berskala besar sekali gus model projek pertanian bersepadu.
"Peningkatan produktiviti para petani dan penternak bukan sahaja berupaya meningkatkan pengeluaran makanan negara, malah menjadikan mereka sebagai contoh kepada kepada pemain industri lain menerusi pertanian baik moden," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Dengan keluasan 9,210 ekar, PPM Kluang meliputi tiga lokasi berasingan iaitu Institut Veterinar Malaysia, Pusat Ternakan Haiwan Ayer Hitam, Pusat Ternakan Haiwan Padang Hijau dan Pusat Pertanian Ayer Hitam.
Foong Hin yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu mengadakan lawatan kerja rasmi selama tiga hari ke Johor berakhir hari ini.
Objektif lawatan ini adalah untuk meninjau projek-projek pertanian di bawah seliaan jabatan dan agensi KPKM bagi mendapatkan input berkaitan teknologi dan inovasi pertanian terkini selain mengadakan sesi libat urus bersama warga kerja KPKM dan pemain industri di Johor.
Selaras dengan pelaksanaan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber import, agenda keterjaminan makanan akan terus diberikan penekanan melalui beberapa inisiatif bagi mengukuhkan usaha keterjaminan makanan dalam negara.
Katanya, KPKM mengalu-alukan kerjasama strategik dan kolaborasi dengan syarikat-syarikat swasta dalam menggembleng sumber dan kepakaran masing-masing untuk meningkatkan pengeluaran makanan tempatan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada bekalan import serta menyokong agenda keterjaminan makanan negara.
Topic Berkaitan
#Chon Foong Hin
#Projek Pertanian Moden
#pertanian moden
#keterjaminan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan