awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPN: Peralihan fasa di lapan negeri, Melaka dan Lembah Klang ke Fasa 4 - PM

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
15/10/2021
11:41 MYT
PPN: Peralihan fasa di lapan negeri, Melaka dan  Lembah Klang ke Fasa 4 - PM
Perdana Menteri berkata peralihan fasa itu adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan Pelan Pemulihan Negara dan peratusan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini bersetuju untuk membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi lapan negeri bermula Isnin (18 Oktober).
Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah beralih dari Fasa 2 kepada Fasa 3.
Manakala, Melaka dan Lembah Klang merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor beralih daripada Fasa 3 kepada Fasa 4.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan, peralihan fasa itu adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan Pelan Pemulihan Negara dan peratusan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa.
Ini sekali gus menjadikan Malaysia secara keseluruhannya beralih ke Fasa 3.
Ujar beliau lagi, keputusan itu diambil berdasarkan beberapa indikator iaitu laporan kes positif COVID-19 harian negara yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan bilangan kes di bawah 10,000 kes untuk tempoh dua minggu berturut-turut.
"Kadar kebolehjangkitan atau R-naught juga terus mencatatkan penurunan dengan mencatatkan angka di bawah paras 1.0 iaitu 0.86.
"Sehingga semalam, kadar vaksinasi populasi dewasa bagi dos pertama adalah 95 peratus, manakala jumlah yang menerima dua dos vaksin pula adalah seramai 91.2 peratus dan dijangka terus meningkat," jelasnya dalam kenyataan sama.
Topic Berkaitan
#peralihan fasa
#Pelan Pemulihan Negara
#ismail sabri yaakob
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan